saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 30/01/2013

RM25 juta bina UTC Terminal Makmur

KUANTAN 29 Jan. - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM25 juta bagi menaik taraf Terminal Makmur di sini sebagai Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan yang dijangka siap sepenuhnya April ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Saffian Ismail berkata, kontrak pembinaan UTC telah diserahkan dan kerja-kerja pembinaan akan mengambil masa selama enam minggu.

"Proses membuat reka bentuk dalam proses terakhir. Kita jangka UTC akan mula beroperasi April ini," katanya dalam sidang akhbar di sini baru-baru ini.

Katanya, pusat itu akan merangkumi sebanyak 50 jabatan kerajaan yang akan menjalankan perkhidmatan sehingga pukul 10 malam dan akan dibuka sepanjang hari termasuk Sabtu dan Ahad.

"Dengan adanya pusat tersebut di sini, orang ramai dapat berurusan dengan jabatan dan agensi kerajaan," katanya.

Beliau memberitahu, para peniaga di kawasan Terminal Makmur juga akan dipindahkan sementara berhampiran Stadium Darul Makmur untuk berniaga di situ.

Menurutnya, dengan pembukaan tersebut nanti, operasi bas ekspres akan dipindahkan juga ke terminal baharu di Indera Mahkota dan dijangka dapat mengurangkan kesesakan trafik di bandar ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.