saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 04/07/2013

EIA Projek Hidroelektrik Tekal Jerantut mulai Oktober ini

KUANTAN 3 Julai - Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) ke atas Projek Hidroelektrik Tekal di Jerantut akan dimulakan pada Oktober ini oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri bagi memastikan projek berkenaan selamat untuk diteruskan.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob (gambar) berkata, selepas kajian itu dilaksanakan, projek tersebut akan dimulakan dengan pembinaan kuarters dan jalan utama pada Mac 2015.

"Kerja-kerja tanah bagi pembinaan empangan dan stesen jana kuasa dijangka dapat dimulakan pada Julai 2017 dan proses takungan air dapat dilakukan pada Februari 2019.

"Jika semua perancangan ini berjalan lancar, kita percaya projek Hidroelektrik Tekal ini dapat memulakan operasi pada Jun 2020," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak (BN-Tahan) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Menurut beliau, projek itu membabitkan kawasan seluas 8,210 hektar merangkumi Hutan Simpang Tekal-Tembeling.

"Kuasa yang dijana menerusi projek ini akan dihubungkan melalui talian 132 kilovolt (kV) sepanjang 29 kilometer talian grid nasional," katanya.

Adnan berkata, projek itu membabitkan kos keseluruhan berjumlah RM1.7 bilion dan apabila siap nanti, empangan hidroelektrik itu mampu menampung keperluan tenaga elektrik untuk kawasan Hulu Tembeling dan sekitarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.