saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 06/09/2013

Bila lagi hendak naik taraf Jalan Kampung Awah?

Saudara Pengarang,
SUARA masyarakat bercerita tentang jalan Kampung Awah-Bandar Tun Abdul Razak Jengka hingga ke Simpang Kampung Awah dikatakan hangat diperkatakan di kedai kopi di tanah rancangan Felda.

Kisahnya bukan sahaja mendapat perhatian pengguna jalan itu tetapi mendapat perhatian media yang memuatkan akan bahayanya melalui jalan berkenaan.

Keadaan itu memerlukan Kerajaan Pusat, Felda dan kerajaan negeri segera mengumumkan peruntukan bagi menaik taraf jalan berkenaan.

Sudah sampai masanya projek itu dilaksanakan segera kerana masyarakat di sini memerlukan rangkaian jalan raya lebih sempurna dan bukannya yang mengancam nyawa.

Jalan tersebut mempunyai kelasnya tersendiri kerana laluan tersebut menjana ekonomi dan pendidikan yang majoritinya bumiputera.

Laluan tersebut semakin sempit dan tidak lagi seimbang bagi menampung jumlah kenderaan yang tinggi tanpa mengira masa termasuk musim perayaan.

Namun, pada cuti Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, dianggarkan kira-kira 100,000 kenderaan yang dipercayai dari perantauan pulang berhari raya di tanah rancangan.

Ada generasi baharu Felda mengeluh melihat mutu jalan yang dilalui mereka semasa kecil masih tidak berubah sedangkan Bandar Tun Abdul Razak Jengka semakin pesat membangun.

Sudahlah kualiti jalan tidak elok dan sempit ditambah lagi ada laluan yang garisan putih tidak jelas sehingga menyukarkan pemanduan malam atau waktu hujan.

Rakyat kini memerhati dan menilai mutu perkhidmatan kerajaan selepas 100 hari dan menjadi tanda aras kejayaan cemerlang Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.