saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 04/03/2014

Bukit Panorama wajib dikunjungi

SEBAHAGIAN pemandangan pekan Sungai Lembing yang boleh dilihat dari arah puncak Bukit Panorama.

KUANTAN 3 Mac - Sebut sahaja Sungai Lembing kalangan penduduk daerah ini sudah mengenali bahawa kawasan tersebut adalah bekas lombong bijih timah yang terkenal sebelum ini.

Walaupun tapak lombong tersebut telah ditutup namun kawasan itu masih menjadi tumpuan kerana terdapat beberapa tempat menarik yang dikunjungi sama ada pelancong tempatan dan asing.

Muzium Sungai Lembing serta terowong bijih timah merupakan dua lokasi popular yang wajib dikunjungi pelancong untuk melihat sendiri sejarah komoditi itu berkembang suatu ketika dahulu.

Bagi mereka yang inginkan lokasi yang lebih menarik, Bukit Panorama merupakan salah satu tempat wajib dikunjungi.

Ini kerana di puncak bukit tersebut menjanjikan satu pemandangan indah khususnya matahari terbit sekali gus memberi pengalaman manis yang sukar dilupakan.

Bukit Panorama yang berketinggian 291 meter dari aras laut semakin mendapat tempat di hati pengunjung. Mereka yang mahu mendaki puncak bukit itu tidak perlu melalui jalan denai kerana terdapat 815 anak tangga untuk sampai ke atas.

Bagi yang belum pernah menjejakkan kaki ke Sungai Lembing, perjalanan hanya memakan masa 30 minit dari laluan keluar plaza tol Lebuh Raya Pantai Timur arah Kuantan seterusnya menuju ke tempat tersebut.

Mereka yang mahu mendaki bukit itu perlu memulakan perjalanan seawal pukul 5.30 pagi kerana tempat letak kereta sentiasa penuh dengan kenderaan pengunjung untuk ke sana dan tempoh pendakian adalah antara 20 hingga 40 minit.

Sebaik sahaja sampai di puncak, sudah pasti waktu terbitnya matahari sentiasa dinantikan dan di situlah pengunjung berpeluang merakam pelbagai kenangan menarik sama ada bersama rakan atau ahli keluarga.

Puncak bukit yang berkeluasan 200 meter persegi itu turut disediakan dua pondok bagi membolehkan pengunjung berehat selepas mendaki.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, kerajaan telah menaik taraf laluan pendakian bagi menambah keselesaan kepada pengunjung untuk ke puncak bukit.

Menurutnya, pembinaan anak tangga bermula dari hadapan pusat maklumat di kaki bukit itu dan akan terputus di kawasan mendatar.

"Sepanjang laluan itu kami memasang penghadang untuk membolehkan pengunjung berpaut ketika mendaki anak tangga," katanya di sini baru-baru ini.

Katanya, kerajaan negeri akan berusaha melakukan penambahbaikan kemudahan di bukit tersebut serta beberapa lagi tarikan pelancongan di sekitar Sungai Lembing.

"Kerajaan juga akan mengenal pasti produk-produk baharu pelancongan di situ yang belum diterokai supaya manfaatnya dapat diterima oleh masyarakat di kawasan itu selain kehadiran pengunjung pada masa akan datang," ujarnya.

Sementara itu seorang remaja dari Kajang, Selangor, Tan Ching Yang, 21, berkata, dia bersama rakan datang ke Sungai Lembing untuk mendaki bukit tersebut.

Menurutnya, pendakian mereka berbaloi kerana dapat menyaksikan matahari terbit yang jarang dapat dilihat berikutan kabus dan awan tebal.

"Sebelum ini saya sudah beberapa kali mendaki beberapa bukit di Selangor tetapi kecewa kerana tidak dapat melihat pemandangan matahari terbit di sana.

"Rakan-rakan saya mencadangkan supaya datang ke sini dan gembira kerana melihat keindahan pemandangan sekitar Sungai Lembing yang lain daripada lain," katanya.

Bagi seorang penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cawangan Pahang, Zarif Zulkarnain, 21, dia telah lima kali mendaki bukit tersebut dan hanya tiga kali dapat menyaksikan dengan jelas pemandangan matahari terbit.

"Ramai juga sebelum ini balik dengan tangan kosong kerana tidak dapat melihat matahari terbit, namun bagi saya kalau bukan kerana matahari, saya pasti akan mendaki lagi kerana udara di puncak bukit ini begitu menyegarkan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.