saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 12/03/2014

9 penuntut UiTM jalani latihan di MTNR dirai

JERANTUT 11 Mac - Sembilan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Melaka yang mengikuti latihan praktikal di Mutiara Taman Negara Resort (MTNR), Kuala Tahan di sini diraikan baru-baru ini.

Pegawai Operasi MTNR, M. Satiyasilan berkata, penuntut berkenaan menjalani latihan membabitkan urusan menyambut tetamu, komunikasi awam, penyelenggaraan chalet, pemanduan pelancong, makanan, promosi menerusi laman sesawang dan sebagainya.

"Pengambilan penuntut institusi pengajian tinggi awam dan swasta menjalani praktikal di MTNR selari dengan hasrat kami untuk ‘membuka pintu’ kepada pelatih dari luar bagi mendalami bidang pengurusan pelancongan bertaraf antarabangsa," kata­nya kepada pemberita.

Pelajar berkenaan memilih pusat peranginan itu untuk mengikuti latihan selama dua bulan bagi melengkapkan program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan.

Dalam pada itu, Pengurus Pelancongan MTNR, Sabri Abdullah (gambar) berkata, pelajar terbabit perlu mengekalkan sikap positif masing-masing sebagai jaminan untuk memperoleh kerjaya pada masa depan dan mampu menyumbang kepada pembangunan sektor pelancongan negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.