saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 01/05/2014

Bina jambatan kedua Temerloh

Mohd. Sharkar Shamsuddin (tengah) melakukan pemeriksaan kesihatan dalam Majlis Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Daerah Temerloh di Pusat Rukun Tetangga Taman Saga, Mentakab, semalam.

TEMERLOH 30 April - Kerajaan bercadang membina jambatan kedua bersebelahan Jambatan Temerloh bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas di laluan utama sekali gus memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya khususnya penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Sharkar Shamsuddin berkata, pada masa ini kerajaan sedang giat melakukan kajian bagi menyiapkan kertas kerja mengenai cadangan pembinaan jambatan tersebut.

"Kita bercadang membina satu lagi jambatan di sebelah jambatan sedia ada yang akan menjadi laluan sehala seterusnya mampu menge­lakkan kesesakan lalulintas.

"Ini merupakan keperluan yang mendesak dan saya berharap dapat dibina dengan segera," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Daerah Temerloh di Pusat Rukun Tetangga Taman Saga, di sini hari ini.

Sharkar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebuda­yaan negeri berkata, pembinaan jambatan berkenaan juga amat signifikan memandangkan laluan itu merekodkan jumlah trafik yang tinggi.

Bagaimanapun katanya, kajian teliti perlu dilakukan memandangkan pembinaan jambatan itu memerlukan kos yang tinggi.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengotakan janji dan mengutamakan kebajikan rakyat apabila pelbagai pembangunan infrastruktur dilakukan secara berterusan meskipun Parlimen Temerloh dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum lalu.

Tambahnya, antara pembangun­an infrastruktur termasuklah pe­nam­bahbaikan Masjid Temerloh yang sedang dalam proses mengeluarkan tender.

Selain itu katanya, pelbagai kemudahan lain akan dilaksanakan di daerah ini seperti pembinaan pusat pengajian tinggi yang mampu melonjakkan pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat setempat.

"Kita minta pembangkang supaya tidak perlu bising dan ‘lebih sudu daripada kuah’ kerana kita tahu apa yang kita akan buat, malah, setakat ini segala janji telah dikotakan," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.