saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 14/05/2014

Pensyarah Kanan UMP terima anugerah kategori tokoh, paten

Adnan Yaakob (tengah) menyampaikan anugerah dalam kategori tokoh dan paten kepada Abdul Syukor Abd. Razak (kiri) sambil diperhatikan oleh Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim dalam Malam Anugerah Cendekia Bitara UMP 2013 di Kuantan, baru-baru ini. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

KUANTAN 13 Mei - Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam (FKASA) Universiti Malaysia Pahang (UMP), Abdul Syukor Abd. Razak menerima dua anugerah pada Malam Anugerah Cendekia Bitara UMP 2013 yang diadakan di Hotel Zenith di sini baru-baru ini.

Beliau menerima anugerah dalam kategori tokoh dan paten sebagai sumbangan serta pencapaian cemerlangnya dalam aktiviti penyelidikan, pengkomersialan, kreativiti dan inovasi di universiti berkenaan.

Abdul Syukor membawa pulang hadiah berupa wang RM10,000 berserta sijil penghargaan yang disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Pensyarah Kanan FKASA itu melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih atas kepercayaan UMP dengan memberinya banyak peluang terutama sokongan dalam menghasilkan produk penyelidikan dan pengkomersialan.

“Kejayaan ini datang dengan satu tanggungjawab besar dalam menggalas usaha bagi memastikan produk yang dihasilkan dapat dikomersialkan dan dimanfaatkan oleh semua orang.

“Saya berharap, kejayaan ini dapat memberi suntikan semangat dalam kalangan penyelidik untuk terus berusaha menghasilkan kajian dan penyelidikan yang mampu memberi impak yang berkualiti tinggi serta diiktiraf dunia," katanya di sini.

Abdul Syukor kini giat mengkomersialkan tiga produk di bawah Pejabat Pemindahan Teknologi (TTO) di Jabatan Penyelidikan dan Inovasi de­ngan jenama Pisoptera, Phytogen dan Wasra.

Beliau menerima pelbagai anugerah akademik dan penyelidikan di dalam negara dan di peringkat antarabangsa seperti Most Innovative Award di Bio-Malaysia 2008, Green Techno­logy Award 2010 dan Anugerah Pre­siden Korean Invention and Intelectual Property Association (KIIPA) di Korea.

Korean Invention News (KINEWS) juga menobatkan Abdul Syukor sebagai World Inventor Order of Merit Award 2013 di atas usahanya dalam memartabatkan produk penyelidikan yang berdaya saing dalam merealisasikan visi dan misi UMP untuk menjadi universiti teknologi bertaraf dunia.

Abdul Syukor juga merupakan satu-satunya anak Melayu Malaysia pertama yang berjaya mendapat anugerah tertinggi dalam World Inventor Award Festival yang berlangsung di Korea Selatan tahun lalu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.