saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 21/06/2014

Kes denggi terus meningkat

KUANTAN 20 Jun - Sebanyak 553 kes demam denggi dilaporkan di negeri ini bagi tempoh antara Januari hingga pertengahan bulan ini yang menyaksikan peningkatan sebanyak 287 kes berbanding 248 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Norhizan Ismail berkata, bagaimanapun bagi minggu kedua bulan ini, jumlah kes denggi menyaksikan penurunan sebanyak 25 peratus menjadi 18 kes berbanding 25 kes pada minggu sebelumnya.

Namun katanya, tiga daerah iaitu Temerloh, Maran dan Jerantut menunjukkan trend peningkatan dalam tempoh berkenaan.

"Pada masa ini, sebanyak dua lokaliti wabak aktif berlaku di negeri ini iaitu di Taman Setali Jaya, Kuantan (lapan kes) dan Perumahan Felda Jengka 13, Jerantut (dua kes)," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Norhizan berkata, bagi tempoh Januari hingga 15 Jun lalu juga, Jabatan Kesihatan negeri telah melaksanakan tindakan pencegahan dan kawalan kes dengan melakukan semburan kabus ke atas 503,847 premis dan pemeriksaan pembiakan aedes ke atas 192,207 premis.

Katanya, 56,222 premis juga terlibat dalam operasi pemusnahan jentik-jentik selain 167 aktiviti gotong-royong yang dihadiri 16,956 penduduk.

"Keseluruhannya, daerah Kuantan mencatatkan 281 kes, Jerantut (65), Temerloh (62), Raub (31), Maran (31), Bentong (24), Bera (16), Pekan (sembilan), Lipis (sembilan), Rompin (empat) dan tiga kes di Cameron Highlands.

"Sehingga 15 Jun lalu juga, sebanyak 881 kompaun dengan nilai RM433,500 telah ditawarkan kepada penduduk seluruh negeri ini.

"Sebanyak 314 Notis Seksyen 8 juga telah dikeluarkan bagi arahan kerja pembersihan dan pemusnahan tempat berpotensi pembiakan aedes," katanya.

Beliau dalam pada itu, menyeru orang ramai supaya bertanggungjawab memastikan kawasan persekitaran rumah masing-masing dan tempat awam adalah bersih dan bebas dari tempat pembiakan nyamuk aedes.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.