saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 21/06/2014

Bekalan barang keperluan harian dijamin cukup

RAUB 20 Jun - Bekalan barangan keperluan harian utama seperti gula, tepung, minyak masak dan lain-lain dijamin mencukupi biar pun permintaan akan meningkat menjelang Ramadan tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin (gambar) berkata, dengan kerjasama pemborong, pembekal dan pengilang, tambahan stok barangan keperluan terlibat telah dibekalkan kepada lebih 2,000 peruncit di seluruh negeri ini sejak seminggu lalu.

"Bekalan tersebut adalah permulaan dan selanjutnya akan dibuat dari semasa ke semasa oleh pihak pengilang dan pemborong di Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam.

Shahiruddin berkata, jika orang ramai tidak membuat pembelian berlebihan, jumlah bekalan barangan keperluan itu boleh dianggap lebih daripada mencukupi.

Katanya, malah sebagai persediaan, peniaga dan pemborong diberikan kebenaran membuat stok simpanan 10 peratus lebih daripada biasa pada sepanjang Ramadan.

Beliau dalam pada itu, memberi amaran tindakan tegas akan diambil ke atas para peniaga yang didapati menaikkan harga barangan keperluan yang dikawal.

"Kerajaan juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang bertindak menyorok dengan tujuan mengaut keuntungan dan memanipulasi harga," katanya.

Beliau pada masa sama mengingatkan para peniaga sama ada peniaga pekan sehari, pasar malam ataupun pasar tani supaya mempamerkan tanda harga yang terang.

Tegasnya, ini bagi mengelakkan daripada diambil tindakan dan bagi memudahkan urusan perniagaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.