saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 21/06/2014

UMNO Indera Mahkota kunjungi rumah rakyat selami masalah

MUSTAFFAR Kamal Ab. Hamid (duduk kanan) bersama Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Indera Mahkota menyampaikan sumbangan kepada pesakit kronik, Saripah Ibrahim (dua dari kiri) dan anaknya, Che Khatijah Che Yak (kiri) di Indera Mahkota 1, Kuantan, kelmarin.- UTUSAN/MAHATHIR ALI

KUANTAN 20 Jun - UMNO Bahagian Indera Mahkota meneruskan agenda utama parti bagi menyelami denyut nadi rakyat menerusi kunjungan rumah ke rumah anggota masyarakat yang berada di dalam kesusahan.

Ketuanya, Datuk Mustaffar Kamal Ab. Hamid berkata, kunjungan ini merupakan rutin setiap cawangan UMNO dalam bahagiannya terutama ke rumah warga emas, orang kurang upaya (OKU), fakir miskin dan pesakit kronik.

"Kita akan sentiasa mengambil berat mengenai masalah yang dihadapi rakyat terutama di peringkat akar umbi. Melalui kunjungan rumah ke rumah yang telah dikenal pasti ini, kita dapat menyelami apa yang mereka mahukan.

"Dengan ini akan memudahkan bentuk bantuan yang bakal disalurkan terutama bantuan susulan seperti pendidikan anak-anak dan perubatan bagi pesakit kronik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada pesakit kronik di Indera Mahkota 1 di sini semalam.

Menurut Mustaffar, dalam setiap kunjungan yang dilakukan, pihaknya akan melibatkan wakil daripada pihak berkuasa tempatan, pegawai perubatan dan agensi berkaitan.

"Kadang kala penduduk bukan hanya mengalami masalah peribadi seperti kesihatan tetapi masalah di sekitar perumahan seperti longkang tersumbat juga perlu diambil kira.

"Oleh yang demikian, setiap agensi berkaitan kita bawa bersama dengan harapan masalah yang dihadapi akan disalurkan terus kepada pihak yang sepatutnya," ujarnya.

Tambahnya, bantuan itu juga disampaikan kepada sesiapa sahaja berdasarkan keperluan tanpa mengira kaum atau fahaman politik.

"Sesiapa yang memerlukan akan diberikan keutamaan. Ini hasrat sebenar parti. Malah, bantuan ini disalurkan sepanjang masa dan bukan bermusim," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.