saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 21/06/2014

PPD Maran adakan program ziarah prihatin

ASIAH Hamzah (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Abdul Muhaimin Abdul Abdul Rahim sambil diperhatikan abangnya, Abdul Arif (dua dari kiri) dan Hamzah Md. Ali (kiri) sempena progam ziarah prihatin di Chenor, Maran, kelmarin.

MARAN 20 Jun - Sempena sambutan Hari Guru, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Maran dengan kerjasama Majlis Pengetua dan Guru Besar Daerah Maran mengadakan program ziarah prihatin ke rumah guru dan pelajar sakit terlantar semalam.

Pegawai Pendidikan Daerah Maran, Asiah Hamzah berkata, biarpun sibuk dengan dengan tugas, namun mereka tetap prihatin dengan rakan-rakan guru yang ditimpa musibah apatah lagi warga pendidik diibaratkan sebagai keluarga besar.

Katanya, malah lawatan ke rumah guru dan pelajar yang terlantar itu memberi satu keinsafan amat mendalam kerana ada insan pendidik yang terlantar sakit kronik kerana barah, komplikasi akibat kemalangan jalan raya dan sebagainya.

"Kunjungan kami ini membuktikan PPD dan rakan-rakan seperjuangan dalam dunia pendidikan tidak melupakan mereka yang menderita sakit.

"Pesakit dan keluarga mereka sangat gembira dan ceria apabila menerima kunjungan kami yang mengambil berat tentang penderitaan yang dialami," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Penyelaras program Ziarah Prihatin, Hamzah Md. Ali berkata, sikap cakna warga pendidik bukan bermusim kerana perkembangan pesakit ini sentiasa dipantau supaya mereka dibantu dari segi khidmat nasihat dan kewangan.

Salah seorang yang warga pendidik yang dilawati, Shahrun Nisak Yayaya, 39, dari Felda Jengka 20 yang mengalami masalah saraf terlantar di rumah sejak empat bulan lepas kesan daripada penyakit yang ditanggung sejak lima tahun lepas.

Menurut ibunya, Salmiah Saad, penyakit anaknya yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Jengka 20 di sini semakin serius pada awal tahun ini menyebabkan dia tidak boleh bergerak dan bertutur.

Bagi seorang lagi pesakit kronik Shamsiah Sulaiman, 49, yang me-ngajar di SK Kampung Awah menghidap kanser kelenjar yang dikesan sejak tahun 2011.

"Namun sejak April 2013 saya terpaksa melupakan sementara tanggungjawab di sekolah kerana sibuk menjalani rawatan di hospital secara berkala dan perlu berada di rumah sepanjang masa,'' katanya.

Turut dilawati rombongan PPD, pengetua dan guru besar daerah ini semalam ialah tiga beradik yang cacat kekal di Kampung Chenor, di sini akibat kemalangan jalan raya pada Jun 2012.

Adik beradik terbabit Abdul Muhaimin Abdul Abdul Rahim, 10, yang cacat tempurung kepala, abangnya, Abdul Arif, 12, yang cacat penglihatan akibat hentakan kuat di kepala dan Nurul Ain Atikah, 14, yang patah paha dan tulang pinggul.

Mereka bersekolah di SK Bota Bota, Chenor dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Afzan Chenor, di sini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.