saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 22/06/2014

18 peniaga dikenakan kompaun jual baju T tiruan Piala Dunia

Dua anggota penguat kuasa PPDNKK cawangan Jerantut menjalankan operasi pemeriksaan harga dan barang tiruan di Tapak Ekspo Perniagaan di Bandar Baru Inderapura, Jerantut, baru-baru ini.

JERANTUT 21 Jun - Pejabat Penguat Kuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Jerantut mengeluarkan kompaun RM100 kepada 18 peniaga yang menjual baju T palsu bercetak Piala Dunia dan tidak meletakkan tanda harga dalam operasi mengejut di Ekspo Perniagaan Bandar Baru Inderapura di sini baru-baru ini.

Ketua PPDNKK cawangan Jerantut, Che Hanafi Mamat berkata, mereka merupakan antara kalangan 51 gerai di tapak ekspo berkenaan yang diperiksa berikutan laporan orang ramai dan juga pemantauan Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna di sini.

"Semasa pemeriksaan itu dijalankan peniaga terbabit didapati melakukan kesalahan apabila mereka tidak meletakkan tanda harga di bawah Peraturan 3(1) 1993.

"Kita tidak boleh menerima alasan tidak tahu langsung kerana baharu berniaga seperti didakwa oleh peniaga berkenaan kerana ini merupakan taktik biasa untuk melepaskan diri daripada dikenakan kompaun sedangkan kerajaan memaklumkan perkara ini melalui pelbagai cara," katanya kepada pemberita di Bandar Baru Inderapura di sini.

Menurutnya, kes membabitkan tidak meletakkan tanda harga termasuk barangan tiruan memberi kesukaran kepada pengguna membanding harga dan kerap terkeliru sekali gus tertipu dengan harga yang sentiasa berubah.

"Pemantauan secara kerap ini memberi ingatan kepada peniaga supaya tidak memanipulasikan harga barang terutama pakaian dan barangan runcit menjelang bulan Ramadan di samping senario harga barangan yang meningkat," ujarnya.

Che Hanafi berkata, operasi lebih kerap bukan sahaja mengenai tanda harga tetapi juga menentu kesahihan peralatan timbang dan sukat di semua premis perniagaan di bandar ini dan Kuala Lips.

Katanya, orang ramai diminta membuat laporan di pejabat cawangan itu dalam usaha membanteras peniaga atau premis yang memanipulasikan harga serta tidak meletakkan tanda harga khususnya menjelang bulan Ramadan nanti.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.