saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 23/06/2014

12 rumah persendirian didakwa

Norol Azali Sulaiman (kanan) memegang replika nyamuk aedes semasa pelancaran Hari Kesihatan Sedunia di Taman Bukit Sekilau, Kuantan, Pahang, kelmarin.

KUANTAN 22 Jun - Sebanyak 12 rumah persendirian di negeri ini akan didakwa di mahkamah kerana gagal menjelaskan kompaun yang dikenakan berikutan tapak pembinaan mereka menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas negeri, Datuk Norol Azali Sulaiman berkata, tindakan itu diambil berikutan mereka terbabit gagal menjelaskan kompaun dan boleh dikenakan denda maksimun sehingga RM10,000 bagi satu kes.

Menurutnya, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, Jabatan Kesihatan negeri mengeluarkan sebanyak 881 kompaun dengan nilai RM433,500 selain 314 notis dikeluarkan di bawah Seksyen 8 Akta Pemusnah Serangga Pembawa Penyakit bagi arahan kerja pembersihan dan pemusnahan tempat yang berpotensi menjadi pembiakan nyamuk aedes.

"Tindakan mahkamah diambil kerana mereka terbabit seolah-olah tidak peka dengan peningkatan jumlah kes demam denggi yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

"Sehubungan itu langkah mendakwa mereka ke mahkamah akan menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya aspek kebersihan menjadi keutamaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob merasmikan Hari Kesihatan Sedunia di Taman Bukit Sekilau, di sini semalam.

Yang turut hadir Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Norhizan Ismail dan Pegawai Daerah Kuantan, Datuk Norhayad Ahmad.

Norol Azali berkata, jabatan itu sentiasa melakukan pemantauan setiap bulan di semua kawasan perumahan, premis perniagaan dan tapak pembinaan bagi memastikan tiada pembiakan nyamuk aedes di tempat mereka.

Menurutnya, walaupun terdapat sedikit penurunan jumlah kes demam denggi di negeri ini, namun perkara itu tidak boleh dipandang ringan dan usaha memeranginya perlu dilakukan secara berterusan.

Jelasnya, kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM100,000 bagi satu daerah di negeri ini untuk kegunaan memerangi pembiakan nyamuk aedes.

Dalam pada itu, Norhizan berkata, fenomena El Nino yang akan melanda di negara ini menyaksikan pembiakan nyamuk lebih aktif berikutan cuaca panas yang berpanjangan.

Menurutnya, akibat itu, nyamuk lebih gemar membiak di dalam bekas terbuang yang mempunyai air bertakung serta bersuhu panas.

"Sehubungan itu saya meminta orang ramai sentiasa membersihkan kawasan sekitar perumahan mereka serta membuang bekas-bekas kosong yang tidak digunakan bagi mengelak pembiakan nyamuk aedes," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:35
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.