saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 23/06/2014

PNK Kuantan penggerak projek pengumpulan, pengedaran ikan air tawar LKIM

KUALA LUMPUR 22 Jun - Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuantan menjadi satu-satunya penggerak projek pengumpulan dan pengedaran ikan air tawar di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Menurut Penyelia Akuakultur PNK Kuantan, Ahmad Firdaus Abdul Aziz, projek yang dimulakan sejak dua tahun lalu itu menggunakan teknologi sistem pemeliharaan ikan dalam kolam, sistem Oceantronic yang mampu menampung ternakan ikan sehingga 300 kilogram.

Jelas beliau, LKIM menyuntik dana sebanyak RM200,000 bagi pembangunan prasarana dan infrastruktur yang diperlukan sekali gus mampu membekalkan ikan sebanyak 70 tan metrik setiap bulan.

"Melalui projek ini kita mampu mencatat nilai jualan sehingga RM120,000 pada setiap bulan dengan mengedarkan hasil ternakan ke seluruh Semenanjung Malaysia.

"Dengan menggunakan sistem ini memudahkan lagi penjagaan ikan ternakan apabila hanya menggunakan air paip yang ditukarkan menjadi air masin untuk menghasilkan keadaan semula jadi.

"Oceantronic merupakan satu-satunya kaedah menghapuskan segala toksik di dalam kolam tanpa menggunakan bahan kimia sebaliknya melibatkan sistem biologikal selain menguruskan proses pengaliran, pengudaraan dan penapisan secara sistematik,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia sempena Ekspo Makanan Laut Antarabangsa Malaysia (MISE) 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Selain persidangan, lebih 200 ruang pameran membabitkan produk perikanan, sesi padanan perniagaan, demonstrasi masakan, persampelan produk kepada pengunjung telah disediakan sepanjang dua hari ekspo yang bermula semalam tersebut berlangsung.

Dalam pada itu, Ahmad Firdaus berkata, PNK Kuantan yang ditubuhkan 42 tahun lalu itu turut berperanan membantu penternak kecil-kecilan dan golongan nelayan untuk mengedarkan hasil ternakan serta tangkapan mereka ke seluruh negara.

Katanya, usaha tersebut sekali gus dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat nelayan yang dibantu melalui khidmat sosial dan pembentukan peluang perniagaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.