saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 23/06/2014

Pantau projek perumahan di Bukit Rangin

Mohd. Zaili Besar (empat dari kiri) bersama penduduk menunjukkan benteng sistem perparitan yang terdedah kepada ancaman banjir di Kampung Bukit Rangin, Kuantan, Pahang, kelmarin. - UTUSAN/MAHAT HIR ALI

KUANTAN 22 Jun - Banjir yang berlaku akhir tahun lalu mungkin berulang di kawasan Perkampungan Bukit Rangin di sini selepas tindakan sebuah pemaju perumahan di kawasan tersebut membina benteng sistem perparitan yang tidak mendapat kebenaran serta kelulusan pihak berkuasa.

Pemaju juga didakwa mengambil tanah kira-kira 13 penduduk seluas 10 meter persegi secara sesuka hati untuk membina benteng serta saluran parit.

Pembinaan benteng dan parit itu menjadikan kawasan perumahan baharu bersebelahan dengan kampung tersebut lebih tinggi sehingga boleh menyebabkan kawasan rendah lebih terdedah kepada ancaman banjir yang lebih buruk.

Seorang penduduk, Mohd. Faizal Ibrahim, 39, berkata, perkampungan itu dilanda banjir setiap tahun dan menjadi lebih teruk sejak perumahan baharu dibina oleh pemaju terbabit sejak awal tahun lepas.

"Secara logik kita boleh lihat apabila ada perumahan baharu dibina, sistem perparitan akan terjejas. Jika projek tersebut tidak dibina dan diperbaiki dengan kemas, masalah itu akan menjadi lebih buruk.

"Banjir besar yang melanda besar negeri ini pada penghujung tahun lalu sudah menenggelamkan kampung ini, sewajarnya pemaju belajar daripada kesilapan tersebut," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Bagi seorang lagi penduduk, Sidek Sulung, 57, masalah itu perlu diberi perhatian oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) kerana agensi tersebut didakwa bertanggungjawab meluluskan perancangan projek taman baharu itu.

Katanya, tindakan pemaju yang menggunakan tanah penduduk kampung secara sesuka hati untuk pembinaan benteng dan parit boleh dielakkan jika pemantauan lebih kerap dibuat oleh MPK.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching, Datuk Mohd. Zaili Besar berkata, pihak berkuasa perlu melakukan pemantauan dengan lebih kerap di tapak perumahan yang sedang dibangunkan bagi memastikan pihak pemaju mematuhi syarat pelan diluluskan.

Beliau berkata, perkara itu harus dilakukan memandangkan banyak tempat sedang dibangunkan projek perumahan di kawasan itu berdepan masalah ekoran ketidakpatuhan pemaju terhadap syarat serta pelan yang diluluskan.

Menurutnya, terdapat pemaju kawasan perumahan didapati tidak mematuhi syarat sehingga menimbulkan masalah kepada penduduk tempatan.

"Masalah saliran antara masalah yang ditakuti penduduk kampung terutama di Bukit Rangin apabila pemaju bersikap acuh tak acuh terhadap aspek pembentungan.

"Isu perparitan adalah perkara utama yang harus diambil perhatian oleh pemaju kerana kawasan ini mengalami banjir besar hujung tahun lalu disebabkan masalah saliran tidak sistematik," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:32
Maghrib 7:05
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.