saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 23/06/2014

36 ikuti kursus kek cawan

Sebaha gian daripada pengusaha dan belia menyertai kursus membuat kek cawan anjuran Kolej Komuniti Lipis di Pusat Transformasi Luar Bandar Kampung Kuala Medang, Kuala Lipis, Pahang, baru-baru ini. - UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD

KUALA LIPIS 22 Jun - Seramai 36 belia, pengusaha dan suri rumah tangga menyertai kursus membuat kek cawan anjuran Kolej Komuniti Lipis (KKL) di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kampung Kuala Medang, dekat sini baru-baru ini.

Kursus sehari membabitkan kaedah membuat kek berkenaan serta tatacara pengurusan keusahawanan yang boleh membantu peserta menjinakkan diri dalam kegiatan pemprosesan makanan komersial itu.

Pengarah KKL, Drs. Anuar Ralib berkata, pelaksanaan kursus berkenaan antara usaha kolej memperkenalkan teknik pemprosesan makanan komersial termasuk kek dan kedai roti dalam kalangan ahli komuniti di luar bandar daerah ini.

"Ini merupakan iltizam serta misi dan visi kolej ini menajamkan pelbagai kemahiran keusahawanan dalam kalangan belia, pengusaha dan suri rumah tangga dengan pelbagai kemahiran pemprosesan makanan komersial untuk membantu mereka menambah pendapatan keluarga.

"Sejajar dengan peranan kolej ini di tengah komuniti Lipis, kita bergerak proaktif dengan mengikut landasan betul mengisi transformasi pembangunan modal insan dalam kalangan penduduk menerusi pelbagai latihan keusahawanan," katanya ketika ditemui di sini.

Menurut Anuar, selain kursus berkenaan, pensyarah dan penuntut terbabit juga berpeluang mempromosi dan berkempen mengenai peluang kursus serta latihan keusahawanan kepada masyarakat luar bandar.

Sementara itu, seorang pengusaha di Kuala Medang, Haitun Kamaruzaman, 41, berkata, komitmen pensyarah KKL melebarkan pengetahuan dan kemahiran membuat kek cawan di kampung berkenaan dipuji kerana masyarakat luar bandar wajar didedahkan dengan pelbagai bidang yang boleh menjana pendapatan.

"Kita mengalu-alukan lebih banyak program kursus pemprosesan makanan komersial untuk belia dan suri rumah tangga di sini kerana peluang memperoleh pendapatan untuk menampung perbelanjaan keluarga lebih dominan berasaskan permintaan terhadap makanan amat terbuka pasaran," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.