saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 24/06/2014

Sasar bina 50,000 rumah mampu milik

ADNAN Yaakob mengendalikan jengkaut semasa menyempurnakan majlis pecah tanah projek PR1MA Dong Kampung Lechar, Raub, semalam.

RAUB 23 Jun - Kerajaan negeri akan melaksanakan pendekatan agresif bagi menyediakan perumahan rakyat dengan menyasar membina kira-kira 50,000 unit rumah mampu milik di negeri ini dalam tempoh lima tahun menjelang 2018.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, sasaran melebihi jangkaan 15,000 unit rumah mampu milik yang dibuat sebelum ini mampu dicapai berdasarkan pencapaian program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang mencecah lebih 13,000 unit setakat ini.

"Kita berjanji mulai 2013 akan membina 15,000 unit rumah mampu milik, tetapi tidak sampai setahun kita sudah laksanakan 29 tapak perumahan dengan jumlah 13,275 unit melibatkan 647 hektar.

"Kita melakukannya secara agresif kerana ini adalah antara enam tunjang utama bagi menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat di negeri ini," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pecah tanah projek PR1MA Dong Kampung Lechar di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail dan Ketua Polis negeri, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani.

Menurutnya, pembinaan rumah PR1MA itu amat signifikan dalam membantu rakyat mendapat kediaman selesa dengan kos hanya RM150,000 berbanding kos sebenar mencecah RM300,000.

Katanya, bagi memastikan harga rumah yang ditawarkan berpatutan, kerajaan negeri memainkan peranan utama khususnya dalam menyediakan tapak perumahan kepada pemaju terbabit.

Dalam pada itu katanya, pembinaan perumahan tersebut menunjukkan keprihatinan kerajaan kepada semua golongan masyarakat tidak kira kaum dan agama yang boleh membuat permohonan.

Jelasnya, sesiapa sahaja yang memiliki pendapatan isi rumah di bawah RM5,000 sebulan dan bermastautin di negeri ini melebihi lima tahun boleh membuat permohonan membeli rumah berkenaan.

Mengulas lanjut Adnan berkata, kerajaan negeri mengambil pendekatan mengurangkan birokrasi dan membuat keputusan segera terutama dalam meluluskan permohonan tanah bagi melancarkan projek PRIMA Pahang.

"Sebaik saja mesyuarat Exco meluluskannya, permohonan itu terus diserahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Bahagian Perumahan negeri untuk diproses sebelum diberi kepada bahagian pentadbir tanah.

"Kita mahu mempercepatkan proses ini bagi membolehkan rumah mampu milik itu dapat dibina segera dan dimiliki oleh rakyat yang memerlukannya," katanya.

Sementara itu beliau berkata, pada masa ini kerajaan negeri masih menanggung hutang tertunggak sebanyak RM12 juta daripada projek perumahan mampu milik yang dilaksanakan sebelum program PR1MA diperkenalkan.

Menurutnya, kerajaan negeri akan terus berusaha mengutip hutang tersebut secara berterusan daripada individu-individu terbabit.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:44
Maghrib 7:28
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.