saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 24/06/2014

Guru perlu komited gerak perpaduan nasional

ISMAIL Abd. Muttalib (empat dari kiri) bersama Tokoh Guru Daerah Maran 2014, Jusoh Hasan (empat dari kanan) pada majlis sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Maran di Chenor, Maran, semalam.

MARAN 23 Jun - Golongan guru perlu komited, ikhlas dan berdedikasi dalam menjalankan peranan sebagai penggerak ke arah perpaduan nasional yang dapat menjamin kemajuan serta kemakmuran negara.

Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib berkata, perpaduan perlu diperkukuh bukan sahaja membabitkan perbezaan etnik tetapi juga sesama bangsa.

Menurutnya, pendekatan teras yang perlu diambil adalah sentiasa menjaga imej guru dan berpegang kepada nilai-nilai murni yang menjadi model kepada masyarakat.

"Tugas sebagai seorang guru adalah pemangkin pembangunan negara kerana di tangan mereka dapat membentuk generasi hebat yang dapat memacu kejayaan negara menjelang 2020.

"Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) merupakan cabaran kepada guru sebagai pelaksana dasar kerajaan dalam memastikan transformasi pendidikan negara mencapai matlamat," katanya.

Ismail merangkap Ahli Parlimen Maran berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Maran di SMK Tengku Ampuan Afzan, Chenor di sini hari ini.

Menurutnya, dalam konteks cabaran masa kini, golongan itu perlu peka dan sentiasa bersedia menambah ilmu untuk menjadi lebih kreatif serta inovatif.

"Ini adalah bertepatan dengan tuntutan dunia pendidikan yang menuntut kepada elemen kreativiti dan inovasi bagi melahirkan generasi baharu berfikiran kelas pertama pada abad ke-21 nanti," ujarnya.

Ismail yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, mereka perlu meletakkan keutamaan pada tahap tertinggi bagi memastikan semua perancangan dalam pelan pembangunan pendidikan berjalan lancar.

"Saya percaya budaya sekolah yang menggalakkan kreativiti dan inovasi akan memberi impak positif terhadap semangat belajar dalam kalangan murid.

"Pengembangan potensi diri pelajar yang selari dengan modul pendidikan negara akan melahirkan generasi baharu berpendidikan serta berkemahiran untuk keperluan negara," jelasnya.

Oleh itu katanya, jasa dan pengorbanan guru sentiasa dihargai kerajaan dan anggota masyarakat kerana mereka berperanan penting membentuk hala tuju serta kualiti bangsa pada masa hadapan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:44
Maghrib 7:28
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.