saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 24/06/2014

Remaja perempuan antara 30 penagih dadah ditahan

AZMI Mustafa menyatakan sesuatu kepada sebahagian penagih yang ditahan dalam Operasi Perdana di Kuantan, semalam.

KUANTAN 23 Jun - Seramai 30 penagih dadah termasuk seorang remaja perempuan ditahan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri dalam beberapa sekatan jalan raya serta kawasan Taman Tas dan Felda Panching Utara di sini. malam tadi.

Pengarahnya, Azmi Mustafa berkata, hasil ujian saringan yang dilakukan, seramai 13 daripadanya positif methamphetamine dan bakinya, heroin dengan kesemuanya berusia antara 19 hingga 42 tahun.

Menurut beliau, operasi dikenali sebagai Ops Perdana yang membabitkan seramai 145 anggota itu bermula pukul 8.30 malam tadi dan berakhir pukul 4 pagi ini.

"Seramai 26 orang yang ditahan dikesan merupakan penagih baharu manakala empat lagi turut didapati melanggar syarat iaitu tidak hadir menjalani rawatan.

"Berdasarkan rekod, daerah ini merekodkan seramai 37 penagih dadah tertinggi yang ingkar menjalani rawatan diikuti Raub iaitu seramai 35 orang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kata beliau, secara keseluruhan negeri ini mencatatkan bilangan seramai 182 penagih dadah yang ingkar menjalani rawatan di pusat pemulihan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.