saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 25/06/2014

RM25.6j projek pengeluaran makanan

Ismail Abd. Muttalib (tengah) menyaksikan wakil Pertubuhan Peladang negeri (dua dari kanan) menyampaikan replika cek kepada Zainal Hasan (dua dari kiri) pada Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Chenor Kali di Maran, baru-baru ini.

MARAN 24 Jun - Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) negeri membelanjakan sebanyak RM25.6 juta bagi melaksanakan projek pengeluaran makanan di Pahang sejak lima tahun lalu.

Timbalan Pengarah LPP negeri, Kamsani Adam berkata, perkara itu membabitkan projek pengeluaran makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ternakan daging, ternakan ikan air tawar dan industri asas tani.

Menurutnya, pelaksanaan projek itu membabitkan 22 pertubuhan peladang di negeri itu dengan melibatkan 550 orang usahawan peladang dan 8,390 orang penanam padi.

"Antara tanaman buah-buahan utama ialah tanaman nangka madu varieti jenis mastura dan tekam kuning seluas 720 hektar yang mana keluasan tersebut tidak termasuk projek Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang diusahakan sama ada Jabatan Pertanian atau syarikat swasta.

"Sebagai nilai tambah, Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (Pasfa) membangunkan kilang memproses nangka madu di Temerloh yang dibeli daripada ahli Pertubuhan Peladang di situ," katanya.

Beliau berucap dalam majlis Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Chenor Kali yang dirasmikan Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib di Institut Kemajuan Pekebun Kecil negeri, Kampung Awah, di sini kelmarin.

Yang turut hadir Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Chenor, Datuk Zainal Hasan.

Menurutnya, LPP bersama pertubuhan peladang, negeri dan kawasan melaksanakan agenda transformasi sektor pertanian yang menyumbang kepada pencapaian matlamat Dasar Agromakanan Negara (DAN).

Dalam konteks ini, tambahnya, LPP negeri bersama 23 PPK telah membawa banyak kejayaan dalam melaksanakan amanah memperkasakan transformasi sektor pertanian serta pengeluaran makanan negara.

"Dalam mengawal harga bekalan makanan ternakan pula, Pasfa akan membangunkan kilang makanan ternakan di Kuantan dalam tempoh terdekat.

"Ini secara langsung dapat menyediakan sumber bekalan makanan ternakan yang lebih murah dan berkualiti kepada penternak di negeri ini dan Pantai Timur," katanya.

Menurut Kamsani, LPP negeri akan membangunkan 19 pusat pengumpulan hasil pertanian dan tujuh pasar peladang baharu di kawasan terpilih tahun ini.

Katanya, program itu bertujuan mendekatkan pusat jualan hasil oleh peladang, petani, penternak dan pengguna mendapat harga lebih murah di samping mengurangkan cengkaman orang tengah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:35
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.