saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 25/06/2014

UiTM Raub beri kesan ekonomi penduduk setempat

Shahiruddin Ab. Moin

RAUB 24 Jun - Kewujudan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Raub di sini yang bakal beroperasi pada Julai tahun depan akan memberi impak ekonomi kepada masyarakat daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, kampus tersebut yang akan menempatkan seramai lebih 3,000 orang seperti penuntut, ahli keluarga pensyarah dan pentadbir bakal menjadi pemangkin ekonomi pesat di kawasan itu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan negeri berkata, dengan kuasa beli warga kampus itu dijangka boleh menjana pendapatan peniaga di situ antara RM3 juta hingga RM4 juta sebulan.

"Kesan langsung pembukaan kampus yang sama di Jengka, Maran boleh dijadikan rujukan apabila mereka berbelanja sekitar RM8 juta sebulan di Bandar Tun Abdul Razak, Jengka.

"Oleh itu, penduduk daerah ini khususnya peniaga dan usahawan perlu bersedia merebut peluang ekonomi di hadapan mata dalam tempoh lebih kurang setahun dari sekarang, katanya.

Beliau berucap dalam program Jelajah Perwani 2014 peringkat daerah yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Multimedia dan Komunikasi negeri, Datuk Shahaniza Shamsudin di Dewan Majlis Daerah Raub, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, penduduk perlu bersedia menerima kesan langsung selepas pembukaan institut pengajian tinggi awam itu daripada segi merebut peluang ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya.

Katanya, banyak produk daerah itu yang boleh diketengahkan untuk diperkenalkan kepada warga kampus tersebut termasuk ahli keluarga mereka yang hadir dari seluruh negara.

"Jika penduduk Raub khususnya para usahawan dan peniaga bersikap konservatif tunggu dan lihat peluang itu akan direbut oleh pihak lain, katanya.

Shahiruddin berkata, kerajaan negeri berusaha memupuk minat berniaga dalam kalangan rakyat melalui program transformasi Jelajah Usahawan di seluruh daerah di negeri itu.

Katanya, program yang berorientasikan memupuk minda rakyat terhadap bidang keusahawanan itu khususnya bumiputera mendedahkan peluang dan skim bantuan perniagaan untuk golongan tersebut.

"Ini kerana kerajaan melalui kementerian dan jabatan tertentu serta agensi yang diwujudkan banyak menawarkan skim pinjaman perniagaan bernilai jutaan ringgit, katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.