saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 25/06/2014

41 banting, risalah pinjaman wang haram dirampas

AZID ISMAIL

JERANTUT 24 Jun - Polis merampas sebanyak 41 banting dan risalah pinjaman wang haram dalam Op Cantas Khas di sekitar Bandar Baharu Inderapura dan Jerantut, di sini Sabtu lalu.

Operasi selama dua jam yang turut di­sertai penguat kuasa Majlis Daerah Jerantut (MDJ) itu bermula pada pukul 10 pagi serta tertumpu di kawasan perumahan Taman Wawasan, Bandar Lama Jerantut, Taman Inderapura, kawasan perindustrian, terminal bas dan teksi bandar di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah, Supriten­dan Azid Ismail, operasi itu yang digerakkan secara bersepadu oleh Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen (JSJK) negeri bermula 26 Mei hingga 19 Jun lalu adalah untuk membanteras kegiatan pinjaman wang haram yang semakin aktif di bandar ini.

"Kita memandang serius kegiatan tersebut kerana menyusahkan semua pihak dan boleh mencetuskan kegiatan jenayah sehingga mengganggu ketenteraman awam.

"Malah banting dan risalah berkenaan ditampal sesuka hati tanpa memperoleh lesen daripada pihak berkuasa tempatan di sini, seperti dinding premis, tiang lampu, papan tanda dan pagar," katanya di sini.

Menurut beliau, terdapat dua kes membabitkan ah long iaitu seorang wanita membuat laporan apabila dia didesak membayar pinjaman manakala satu lagi kes melibatkan tiga lelaki ditangkap dipercayai ceti haram itu.

"Tiga lelaki berkenaan masih disiasat polis di bawah Seksyen 5(2), Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 (kawalan dan perlesenan)," katanya.

Beliau seterusnya meminta penduduk tidak terbabit dengan kegiatan ah long dan segera melaporkan kepada polis jika ada pihak tidak bertanggungjawab menawarkan pinjaman wang haram termasuk menampal risalah dan menggantung banting tanpa kelulusan MDJ di tempat masing-masing.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.