saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 26/06/2014

Pembangunan Lipis di atas landasan betul

Abdul Rahman Mohamad (kiri) menyampaikan bantuan kepada seorang penduduk dalam Program Membara Dengan Penduduk di Kampung Kemahang Hilir, Kuala Lipis, baru-baru ini. - UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD

KUALA LIPIS 25 Jun - Pembangunan dalam semua sektor di luar bandar daerah ini berada di landasan yang betul hasil acuan pemikiran dan pelaksanaan secara inklusif oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri ini.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, kerajaan negeri mempunyai mekanisme yang bersifat prihatin dan saksama dengan menggunakan segala peruntukan Kerajaan Pusat dalam menyediakan pelbagai kemudahan bagi keselesaan penduduk.

Menurutnya, secara keseluruhan, projek kemudahan asas di luar bandar daerah itu telah dilaksanakan dan penduduk menikmati kemudahan itu untuk merancakkan sektor pertanian serta pelancongan.

"Kita mengotakan apa yang dijanjikan selepas pilihan raya umum lalu secara berperingkat dan sehingga kini semua agensi kerajaan telah dan akan melaksanakan projek tertentu mengikut jadual untuk keselesaan rakyat.

"Walaupun wujud kekangan tertentu, ia tidak memberi impak besar dan kerajaan boleh menanganinya hasil kerjasama semua pihak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Membara Dengan Penduduk di Kampung Kemahang Hilir, dekat sini baru-baru ini.

Menurutnya, kerajaan kini menumpukan pembangunan sektor pertanian dan pelancongan kerana bidang tersebut amat baik dalam membantu meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar khususnya kalangan masyarakat berpendapatan rendah.

"Pembukaan tanah terbiar untuk pertanian manakala keindahan alam sekitar daerah ini merupakan aset yang boleh menjana pertumbuhan ekonomi sekali gus membantu mengembangkan pusat pertumbuhan baharu di sini," katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta penduduk terus mengekalkan kesepakatan dan keharmonian yang dimiliki hasil kepemimpinan terdahulu hingga kini.

"Di daerah ini, majoriti orang Melayu dan kaum minoriti lain sentiasa bekerjasama dan bersatu padu malahan semangat tersebut boleh dilihat ketika program yang dianjurkan oleh agensi kerajaan pada hujung minggu atau musim perayaan," katanya.

Abdul Rahman yang juga Ketua UMNO Bahagian Lipis berkata, kerajaan turut mengutamakan bidang pendidikan menerusi penyediaan prasarana selari dengan bidang pembangunan modal insan.

"Hasrat ini selari dengan misi dan visi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 untuk melahirkan pelajar cemerlang menerusi program Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah termasuk menyediakan pelbagai kemudahan pelajaran di luar bandar serta pos penempatan Orang Asli," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.