saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 26/06/2014

Lelaki maut kereta langgar pembahagi jalan

BENTONG 25 Jun - Seorang lelaki dipercayai warga Indonesia maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 2.5, Jalan Bentong-Karak, di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohamad Mansor Mohd. Nor berkata, kejadian kira-kira pukul 1.50 pagi itu berlaku ketika mangsa yang dikenali sebagai Amrina dalam perjalanan dari Bentong ke Karak.

"Setibanya di tempat kejadian, kereta yang dipandu mangsa telah melanggar bucu pembahagi jalan dan terbabas ke kiri lalu terbalik.

"Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala akibat hentakan yang kuat dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya di sini.

Menurut Mohamad Mansor, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, siasatan sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan saksi diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

"Hasil siasatan awal mendapati jalan di situ lurus dan permukaan jalan kering manakala cuaca pula dalam keadaan baik," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.