saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 27/06/2014

LPP salur baja RM45j setahun

Kamsani Adam Timbalan Pengarah LPP Pahang

MARAN 26 Jun - Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menyalurkan peruntukan sebanyak RM45 juta setahun di bawah Skim Bantuan Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBBPKP) kepada 8,390 pesawah di negeri ini.

Timbalan Pengarah LPP negeri, Kamsani Adam berkata, keseluruhannya terdapat 16,041 hektar sawah di negeri ini dengan kebanyakannya di daerah Pekan dan Rompin.

"Peruntukan itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran padi menerusi dasar jaminan bekalan makanan negara bagi mengurangkan kebergantungan kepada import," katanya.

Kamsani berkata demikian selepas mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Chenor yang dirasmikan Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib di Kampung Awah dekat sini kelmarin.

Dalam pada itu, beliau berkata, LPP komited untuk membela nasib peladang, petani, penternak dan nelayan dengan memastikan pendapatan golongan itu dapat ditingkatkan melalui pelbagai pendekatan.

Antaranya kata beliau, LPP menyediakan pinjaman sehingga lebih RM100,000 kepada peladang bagi membantu mereka membangunkan projek berkaitan industri asas tani.

Menurut beliau, semua itu adalah usaha LPP untuk memperbetulkan persepsi negatif tentang pertanian sedangkan sektor itu berupaya memberi peluang pendapatan yang baik.

"Dalam hal ini, PPK mesti mengambil alih peranan yang dilaksanakan orang tengah yang mengawal harga dan mengaut keuntungan melampau," jelasnya.

Sebagai contoh kata beliau, di kawasan jelapang padi Pekan dan Rompin, PPK dengan kerjasama Padiberas Nasional Bhd. (Bernas) akan menguasai pemasaran padi dan beras bagi menjamin pesawah mendapat harga yang lebih tinggi.

"Ini adalah salah satu program jihad memerangi orang tengah di bawah sub sektor padi dengan jaminan harga RM1,200 bagi setiap tan padi dibeli daripada pesawah," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.