saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 27/06/2014

RM12 juta bantu pelajar cemerlang di Pahang

Adnan Yaakob

KUANTAN 26 Jun - Kerajaan negeri membelanjakan kira-kira RM12 juta setahun untuk memberi ganjaran pendidikan kepada pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, ganjaran yang diberikan itu adalah tanggungjawab kerajaan negeri terhadap rakyatnya dalam meningkatkan taraf pendidikan mereka.

"Kerajaan negeri melalui Yayasan Pahang tidak memilih dalam menyalurkan bantuan berkenaan asalkan mereka memenuhi syarat dan layak menerimanya," katanya ketika berucap pada Majlis Kecemerlangan Pendidikan Yayasan Pahang 2014 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas negeri, Datuk Norol Azali Sulaiman dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohd. Johari Hussain.

Menurut beliau, pemberian ganjaran bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi meliputi semua kaum yang menunjukkan yayasan ini mengamalkan semangat 1Malaysia.

Dalam pada itu, kata beliau, seramai 309 pelajar daripada pelbagai peringkat peperiksaan menerima ganjaran pada hari ini berupa wang tunai RM200 setiap seorang.

"Selain itu, sebanyak 32 buah sekolah terbaik di negeri ini menerima pengiktirafan dalam pelbagai kategori," katanya.

Tambah beliau, pemilihan pelajar yang mendapat ganjaran pada hari ini adalah meliputi lima peratus daripada pelajar paling cemerlang dalam setiap peperiksaan.

"Dari setahun ke setahun kualiti kecemerlangan pelajar semakin meningkat. Justeru saya harapkan guru-guru dapat teruskan usaha untuk memajukan pelajaran murid-murid," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:19
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.