saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 28/06/2014

Operasi pencegahan bantu turunkan statistik jenayah kekerasan

KUANTAN 27 Jun - Jenayah kekerasan yang berlaku di negeri ini pada bulan lalu menunjukkan penurunan sebanyak 51 kes berbanding April lalu berikutan beberapa langkah yang diambil termasuk keberkesanan dari aspek pencegahan.

Ketua Polis negeri, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, pada Mei lalu sebanyak 73 kes jenayah kekerasan direkodkan manakala bulan sebelumnya adalah sebanyak 124 kes.

"Selain itu, jenayah harta benda juga menunjukkan penurunan iaitu sebanyak 11 kes dengan April mencatatkan 335 kes manakala Mei pula 324 kes.

"Dengan adanya beberapa inisiatif seperti Unit Rondaan Bermotosikal (URB), kes-kes jenayah ini berjaya dikurangkan dari semasa ke semasa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program High Profile Policing Ketua Polis negeri bersama penduduk Taman Kempadang Perdana, di sini semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, kewujudan URB di kawasan perumahan di negeri ini berjaya mengurangkan kadar jenayah di lokasi terbabit.

"Namun saya dapat maklumat yang menyatakan URB ini kadang-kadang tiada di kawasan perumahan. Namun ingin saya nyatakan bahawa URB bukan tiada tetapi mungkin tertumpu di kawasan lain.

"Saya harap masyarakat dapat faham situasi ini sebab URB perlu menjalankan rondaan di banyak kawasan perumahan," katanya.

Kata beliau, dengan adanya pasukan URB diharap dapat membantu pasukan negeri itu memerangi dan mengurangkan kadar jenayah pada masa depan.

Katanya lagi, masyarakat juga diseru untuk terus meningkatkan kerjasama dengan pihak polis agar kegiatan jenayah yang berlaku dapat dibanteras sepenuhnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.