saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 15/10/2014

2,905 cakera optik bernilai RM14,000 dirampas

KUANTAN 14 Okt. - Sepasukan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang merampas sebanyak 2,905 keping cakera optik cetak rompak bernilai RM14,525 daripada dua premis perniagaan di sini semalam.

Operasi bermula pukul 2.30 petang itu berjaya merampas sebanyak 2,340 keping cakera video digital (DVD), 300 keping cakera padat video, 200 keping cakera padat (CD) dan 65 keping cakera Blue-Ray.

Pengarah KPDNKK Pahang, Sharuddin Jali, dalam serbuan itu penjaga kedua-dua premis yang terletak di dalam sebuah pusat membeli belah di sini berjaya melarikan diri.

"Ketika pihak kami memeriksa premis terbabit mendapati ada cakera optik yang dijual tidak mempunyai pelekat original dan kita telah merampas kesemua barangan tersebut

"Rampasan kali ini merupakan hasil maklumat orang awam yang memberitahu mengenai penjualan cakera optik haram di dalam pusat membeli belah ini selain daripada risikan pihak kami," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Katanya, kesemua rampasan berkenaan akan disiasat di bawah Perintah Perihal Dagangan (Label Cakera Optik) 2010 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun.

"Justeru, para peniaga diingatkan supaya memastikan semua cakera optik yang hendak dijual mempu-nyai label bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan," katanya.

Tambahnya, para pengguna juga dinasihatkan supaya membeli cakera optik yang mempunyai label asli sahaja.

"Kita juga memohon kerjasama dari orang ramai untuk membantu membanteras aktiviti cetak rompak. Selain itu, kita dari semasa ke semasa akan melaksanakan operasi membanteras aktiviti ini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zuhur 1:12
Asar 4:35
Maghrib 7:08
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.