saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 15/10/2014

ADUN ganggu tugas pihak berkuasa tempatan

KOTA BHARU 14 Okt. - Kerajaan Pas Kelantan mengakui terdapat sesetengah ahli politik khususnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) 'mengganggu' kerja pihak berkuasa tempatan (PBT) sehingga menyukarkan penguatkuasaan peraturan dan undang-undang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, kes-kes bangunan didirikan tanpa kelulusan PBT mengambil masa untuk diatasi apabila pemilik menunjukkan surat sokongan daripada wakil rakyat.

Beliau berkata, akibatnya pihak PBT sering dipandang negatif seolah-olah tidak tegas melaksanakan peraturan sendiri sedangkan mereka terpaksa berdepan dengan 'gangguan' sedemikian.

"Inilah menunjukkan 'keunikan' dan 'kehebatan' ahli politik yang banyak sangat mengganggu tugas-tugas PBT, kita harap apabila sesuatu keputusan dibuat dan mahu laksanakan maka kita harapkan sokongan daripada ahli-ahli Yang Berhormat sekalian supaya memudahkan urusan PBT.

"Biasanya kes-kes bangunan sementara akan mendapat sokongan wakil rakyat, kadang-kadang kita benarkan tetapi bukan 'halal', cuma memberi tempoh masa supaya pemilik dapat mencari tempat lain untuk mencari rezeki," katanya dalam sidang DUN Kelantan di sini hari ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.