saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 26/04/2012

Darjah kebesaran tidak diiktiraf

KUALA LUMPUR 25 April - Kerajaan tidak akan mengiktiraf sesuatu penganugerahan darjah kebesaran selain daripada yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong, raja atau sultan di setiap negeri, Yang Dipertua Negeri atau ketua negara serta ketua kerajaan asing daripada negara berdaulat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, dalam hal ini, anugerah yang diberikan oleh pertubuhan, persatuan atau mana-mana institusi dalam dan luar negara yang tidak mempunyai kekuasaan politik tidak termasuk dalam kategori penganugerahan yang diiktiraf.

Menurut beliau, selain itu institusi yang wujud hanya sebagai pusat kebudayaan dan pemulihara adat budaya serta tradisi termasuk penganugerahan daripada Kesultanan Sulu di Filipina dan Raja Keraton di Indonesia juga tidak diiktiraf.

''Penganugerahan darjah dan bintang kebesaran Kesultanan Sulu dan Keraton bukan satu anugerah daripada ketua negara yang berdaulat dan ia juga tidak diiktiraf kerajaan Filipina dan Indonesia. Justeru mengikut dasar semasa, kerajaan tidak akan mengiktiraf penganugerahan tersebut.

''Dasar berhubung pengurniaan darjah kebesaran dijelaskan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri iaitu pengurniaannya adalah hak prerogatif raja-raja Melayu dan hanya boleh dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong, raja dan Yang Dipertua Negeri sahaja," katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Syed Ibrahim Kader yang ingin tahu sama ada kerajaan mengiktiraf penggunaan gelaran Datuk atau Datuk Seri yang diperoleh daripada sumber diragui kedaulatannya.

Vui Keong berkata, di peringkat persekutuan, bagi memastikan penganugerahan itu dikawal rapi, Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri mempunyai rekod lengkap ke atas semua penerima anugerah.

Tindakan itu, jelasnya, bagi memastikan gelaran atau pingat yang dianugerahkan mempunyai daftar rekod yang sah selain mengelakkan timbulnya kekeliruan dan keraguan tentang senarai penerima anugerah berkenaan.

''Jika ingin semak individu itu mendapat pengurniaan sah, boleh semak laman web www.istiadat.gov.my.

''Kadang-kadang terdapat ramai yang guna kad bisnes tertera sesuatu gelaran. Jika mereka tidak mendapat anugerah seperti Datuk atau Datuk Seri dan sebagainya, mereka tidak boleh menggunakan gelaran itu. Sekiranya disalah guna, mereka boleh diambil tindakan undang-undang," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.