saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 11/05/2012

Pindaan AUKU diluluskan

KUALA LUMPUR 10 Mei - Dewan Negara meluluskan tiga pindaan rang undang-undang berkaitan pengajian tinggi yang antara lain membenarkan mahasiswa terlibat dalam apa jua persatuan, badan atau kumpulan termasuk parti politik ketika di luar kampus.

Tiga rang undang-undang itu adalah Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012; Rang Undang-Undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2012 dan Rang Undang-Undang Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2012.

Menerusi pindaan rang undang-undang berkaitan Akta Universiti dan Kolej Universiti atau AUKU yang telah diwartakan pada 29 April 1971, ia dibuat bagi menyeimbangkan kebebasan mahasiswa berpolitik dengan tidak mengganggu-gugat institusi pengajian tinggi (IPT) sebagai tempat menimba ilmu pengetahuan serta kemahiran.

Perbahasan mengenai pindaan tersebut menyaksikan perdebatan hangat kalangan Ahli Dewan Negara yang rata-ratanya mengharapkan pindaan itu memberi sumbangan berkesan terhadap usaha kerajaan dalam membentuk generasi yang mempunyai sahsiah terpuji, watak dan peribadi tinggi dengan nilai-nilai kemanusiaan serta berpengetahuan luas.

Antara yang terlibat dalam perbahasan, Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah yang berhujah menyokong pindaan berkenaan yang disifatkannya melihatkan kepekaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap kehendak awam terutama generasi muda.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:09
Zohor 1:29
Asar 4:44
Maghrib 7:29
Isyak 8:38



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.