saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 26/06/2012

Malaysia import makanan RM221.81b

KUALA LUMPUR 25 Jun - Malaysia mengimport bahan makanan bernilai RM221.81 bilion sejak 10 tahun lepas.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharum berkata, kebanyakan komoditi yang diimport tidak ekonomik untuk dihasilkan dalam negara kerana kos pengeluaran tinggi di samping iklim yang tidak sesuai.

"Kumpulan komoditi makanan yang diimport adalah keluaran bahan makanan diproses, bahan makanan ternakan, buahan iklim sederhana, sayur-sayuran dan bijirin.

"Antara makanan yang kita import ialah koko, kopi, teh, susu, gandum, epal, oren, ubi kentang, salad, beras dan tepung," katanya ketika menjawab soalan Dr. Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja).

Siti Mariah bertanya, apakah jenis dan nilai bahan makanan diimport Malaysia dalam tempoh 10 tahun serta strategi kerajaan bagi memastikan jaminan makanan dan mencapai tahap sara diri.

Mohd. Johari berkata, bagi memastikan jaminan makanan, kerajaan melaksanakan beberapa projek impak besar antaranya Taman Kekal Pengeluaran Makanan, Zon Industri Akuakultur, Pusat Fidlot Nasional, ladang kontrak, pembangunan usahawan asas tani dan "Entry Point Project" di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara.

"Penyelidikan dan pembangunan ditumpukan kepada peningkatan pengeluaran hasil mampan antaranya penumpuan terhadap bidang pembangunan varieti dan baka, pengeluaran benih, bioteknologi dan kaji penyakit.

"Kerajaan juga akan terus membangun sistem rantaian bekalan makanan yang lebih terangkum dan kukuh melibatkan kerajaan, swasta, petani, penternak dan nelayan bagi menghubungkan pengeluaran dan permintaan pasaran," katanya.

Beliau berkata, usaha meningkatkan pengeluaran makanan memerlukan penglibatan aktif pihak swasta dan bagi menggalakkan pihak itu terus melabur, insentif fiskal dicadang untuk diperluaskan meliputi semua aktiviti pengeluaran dan pemprosesan.

"Pinjaman mudah yang mencukupi akan disediakan melalui Agrobank dan TEKUN, akses kepada pembiayaan juga akan diperbaiki," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.