saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 11/07/2012

Langat 2: ADUN BN persoal sikap degil kerajaan negeri

SHAH ALAM 10 Julai - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dikritik kerana terus berdegil terhadap isu pembekalan air bersih di negeri itu sehingga menyebabkan perkara tersebut masih tidak selesai sehingga kini.

Datuk Mohd. Isa Abu Kassim (BN-Batang kali) mempertikaikan kerajaan negeri yang masih tidak membenarkan kerajaan Pusat membina Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 yang disifatkan akan menjejaskan pembangunan serta rakyat di negeri itu pada masa depan.

Beliau yang mencelah ketika perbahasan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) mengenai Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2012 berkata, kerajaan negeri sebaliknya lebih menekankan tentang pembinaan loji berkenaan yang didakwa akan meningkatkan tarif air di negeri itu.

"Apa salahnya kerajaan negeri benarkan pembinaan loji rawatan air berkenaan bagi menambahkan bekalan air bersih di negeri ini.

"Jika kerajaan negeri mengaitkan mengenai kenaikan tarif air, kerajaan negeri ada hak menentukan kadar tarif itu memandangkan mempunyai 30 peratus saham dalam syarikat konsesi, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. menerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad," katanya.

Mohd. Isa berkata, pihaknya hairan mengapa kerajaan negeri begitu berkeras dan beria-ia mahu menggagalkan pembinaan loji rawatan air tersebut.

Beliau menegaskan, kerajaan negeri tidak faham isu sebenar masalah bekalan air di negeri itu yang mana ia berkaitan dengan sumber air bersih bukannya air mentah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.