saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 26/09/2012

Perkasa bidas tindakan Suria KLCC

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa pihak pengurusan Suria KLCC mengkaji semula tindakan mereka menyingkirkan peniaga Melayu, Sherifah Salim kerana ia dilakukan tanpa alasan kukuh.

Sambil menyifatkan tindakan tersebut sebagai diskriminasi kepada usahawan bumiputera, Ketua Penerangannya, Ruslan Kasim berkata, alasan yang diberikan oleh pihak pengurusan pusat beli-belah terkemuka di ibu negara itu untuk menyingkirkan Sherifah adalah kerana prestasi perniagaan usahawan wanita itu menurun.

Namun, katanya, alasan itu tidak masuk akal kerana walaupun prestasi perniagaan Sherifah agak menurun, tetapi beliau tidak pernah terlewat atau terlepas daripada membayar sewa ruang kedai sebanyak RM22,500 sebulan.

"Biasalah meniaga, kadangkala untung, kadangkala rugi. Tapi Sherifah tidak pernah terlewat bayar atau terlepas melunaskan sewa kedai setiap bulan. Daripada kadar sewa RM7,000 sebulan kepada kadar sedia ada RM22,500 sebulan.

"Sherifah tidak pernah terlepas membayar, kalau sekadar prestasi perniagaan menurun sedikit tetapi sewa kedai dibayar, apa masalahnya?

"Sejak berniaga di situ 14 tahun lalu, pelbagai pembaikan serta penambahan ruang kedai dilakukan beliau dengan kos tinggi, tetapi secara tiba-tiba dia diusir keluar pula,'' katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Hadir sama, Presiden Perkasa yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali dan Sherifah.

Menurut Ruslan, pihaknya tidak pasti sama ada cara itu adalah strategi pihak pengurusan untuk memberi peluang kepada 'rakan mereka', tetapi ia jelas merupakan satu bentuk penindasan kepada usahawan bumiputera.

Sherifah, perintis kepada usahawan bumiputera di Suria KLCC serta pemilik perniagaan menjual kamera dan perkhidmatan mengambil gambar, Foto Point telah berniaga di pusat beli-belah berkenaan sejak 1998 tetapi diarah keluar pada 30 September ini atas alasan tidak kukuh.

Mengulas lanjut, kata Ruslan, tindakan pengurusan Suria KLCC itu umpama mencabul dasar ekonomi baru yang diperkenalkan kerajaan dengan salah satu matlamatnya ialah pemilikan ekuiti ekonomi sebanyak 30 peratus dalam kalangan bumiputera.

"Kalau kita melawat Suria KLCC, berapa banyak kedai bumiputera? Tidak sampai lima peratus daripada jumlah 500 lot adalah peniaga bumiputera. Tetapi kalau peniaga luar, ada lebih 80 lot disediakan, ini tidak adil.

"Mengapa usahawan tempatan dipinggirkan. Kes menimpa Sherifah ini bukan pertama, sebelum ini juga pernah berlaku, tetapi tiada tindakan diambil, Perkasa sangat kecewa dengan masalah ini," katanya.

Dalam pada itu, ditanya apakah tindakan yang akan diambil oleh Perkasa sekiranya pihak pengurusan tetap berkeras menyingkirkan Sherifah pada tarikh ditetapkan, kata Ruslan, pihaknya akan mengedarkan risalah dan poster supaya orang Melayu serta bumiputera memboikot pusat beli-belah tersebut.

"Kami tidak mahu sampai ke tahap itu, tetapi sekiranya keadaan begini berterusan, kami tidak teragak-agak untuk melaksanakannya. Kesannya sudah tentu merugikan Suria KLCC," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zuhur
Asar
Maghrib
Isyak



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.