saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 05/07/2013

ADUN DAP degil, Speaker naik angin

PULAU PINANG 4 Julai - Tindakan R. S. N. Rayer (DAP-Seri Delima) yang berterusan mengganggu sesi perbahasan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) menyaksikan Speaker Law Choo Kiang ‘naik angin’ dan terpaksa meninggikan suara supaya tidak berterusan bersikap demikian.

Choo Kiang berkata, beliau akan mengambil tindakan kerana Rayer enggan mematuhi arahan supaya tidak lagi mencetuskan provokasi di dalam dewan.

Teguran itu berpunca daripada pertikaman lidah membabitkan Rayer dan Datuk Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal) berhubung isu rasis yang dibangkitkan semalam walaupun Roslan telah memberi penjelasan.

Roslan yang berterusan diasak Rayer kemudiannya membalas dengan menyifatkan wakil rakyat DAP itu sebagai pelakon hebat kerana mahu kelihatan lebih menonjol berbanding Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lain.

Rayer yang kelihatan beremosi kemudiannya berterusan mengganggu sesi perbahasan dan mencabar Choo Kiang mengambil tindakan terhadap Roslan.

“Adakah Tuan Speaker akan benarkan Pinang Tunggal (Roslan) tinggalkan dewan ini kerana banyak doktor di luar sana termasuk Melayu, India dan Cina tidak berpuas hati (kenyataan Roslan)," katanya.

Kenyataan Rayer itu menimbulkan kemarahan Speaker yang kemudiannya memberi amaran akan mengenakan tindakan terhadapnya jika enggan patuh kepada arahan dewan.

“Apabila satu penjelasan diminta dan ahli dewan sudah beri penjelasan yang saya rasa boleh diterima, jadi jangan bangkitkan lagi kerana sesi bahas ini perlu dilaksanakan dengan lebih lancar.

“Seri Delima (Rayer), saya tidak akan teragak-agak untuk ambil tindakan. Begitu juga dengan Pinang Tunggal," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.