saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 26/07/2013

Sistem meritokrasi ke IPTA dikekalkan

KUALA LUMPUR 25 Julai - Kementerian Pendidikan belum bercadang menggantikan sistem meritokrasi dalam pengambilan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kepada sistem kuota yang diamalkan sebelum ini.

Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan berkata, berdasarkan prinsip meritokrasi semua pelajar yang layak dengan markah merit tertinggi tanpa mengira kaum, agama dan taraf hidup tidak akan dinafikan peluang mengikuti pengajian di IPTA.

Menurut beliau, walaupun meritokrasi dilaksana rekod kementerian menunjukkan jumlah pelajar Melayu yang melanjutkan pengajian di IPTA masih lebih tinggi berbanding kaum-kaum lain.

"Jumlah enrolmen pelajar Melayu di IPTA dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) pada 2012 ialah 51.84 peratus daripada keseluruhan pelajar, melebihi peratusan pelajar bukan Melayu.

"Begitu juga dengan statistik kemasukan ke IPTA dan IPTS, sebanyak 57.57 peratus ialah pelajar Melayu. Statistik graduan pula menunjukkan 67.97 peratus graduan IPTA dan IPTS adalah Melayu," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah yang meminta kerajaan mempertimbang semula sistem kuota di Dewan Negara hari ini.

Jelas Kamalanathan, bagi IPTA sahaja, statistik kementerian tahun lalu menunjukkan jumlah enrolmen pelajar Melayu adalah sebanyak 77.56 peratus daripada keseluruhan pelajar, manakala kemasukan pelajar Melayu sebanyak 79.11 peratus dan graduan Melayu sebanyak 73.79 peratus.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.