saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 30/07/2013

Pantau IPT bendung penyebaran Syiah

KUALA LUMPUR 29 Julai - Kementerian Pendidikan sentiasa memantau kesemua institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini bagi memastikan fahaman Syiah tidak disebarkan dalam kalangan pelajar.

Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan berkata, kerajaan memandang serius isu tersebut walaupun tiada laporan berhubung kegiatan menyebarkan fahaman Syiah oleh pelajar antarabangsa di IPT tempatan setakat ini.

"Kementerian turut merujuk kepada agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam isu ini termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Kita juga sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi membendung gejala-gejala negatif yang melibatkan pelajar IPT," katanya ketika menggulung perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan akan menjalankan siasatan sekiranya menerima laporan berhubung penyebaran fahaman Syiah oleh pelajar tempatan di IPT.

Mengulas isu sama, Kamalanathan memberitahu, dakwaan tentang kewujudan sekolah aliran Syiah di negara ini adalah tidak benar.

Sementara itu, ketika menjawab soalan Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah berhubung matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang tidak tercapai sepenuhnya, Kamalanathan berkata, aspek berkenaan turut diambil kira dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025.

"Kita mengambil semua pengalaman semasa pelaksanaan PIPP dahulu dan melakukan yang terbaik untuk masa depan pelajar," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.