saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 27/09/2013

Kerajaan lulus RM271.9 juta pembangunan RazakSAT-2

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Kerajaan telah meluluskan peruntukkan sebanyak RM271.9 juta untuk program pembangunan satelit RazakSAT-2 iaitu sebuah satelit penderiaan jauh bagi memantau permukaan bumi.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah berkata, peruntukan itu merangkumi pembangunan; pengujian dan pelancaran satelit; pembinaan stesen bumi kedua di Tuaran, Sabah; penambahbaikan stesen bumi di Sungai Lang, Banting, Selangor; pembangunan modal insan serta aktiviti kajian ahli lembaga.

Katanya, pembangunan satelit RazakSAT-2 dijangka mengambil masa selama tiga tahun dan pelancarannya adalah berdasarkan kepada peluang pelancaran yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan pelancaran.

"Satelit RazakSAT-2 dijadual beroperasi di orbit pada 2016," katanya ketika menjawab soalan asal Sim Chee Keong (DAP-Bukit Mertajam) yang ingin tahu perkembangan projek RazakSat-2 dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Abu Bakar berkata, projek itu masih lagi di peringkat pemilihan rakan teknologi untuk bekerjasama dengan sebuah syarikat Menteri Kewangan Yang Diperbadankan (MKD) iaitu Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd. (ATSB) yang berfungsi sebagai kontraktor rasmi pembangunan satelit RazakSAT-2.

"Rakan teknologi akan terlibat dalam kerja membentuk, pembuatan, pengujian dan pelancaran serta pengoperasian satelit tersebut," katanya.

Jelas beliau, teknologi satelit yang bakal digunakan adalah antara yang terkini terdapat di pasaran semasa.

"Resolusi kamera pada RazakSAT-2 adalah lebih baik dari RazakSAT-1," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.