saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 26/11/2013

Malaysia terbaik urus banjir

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Pengurusan banjir di negara ini merupakan antara yang terbaik jika dibandingkan dengan negara-negara lain termasuk negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, terdapat negara maju yang pihak berkuasanya hanya tiba di kawasan banjir seminggu selepas berlakunya bencana itu, berbeza di negara ini yang mana semua pihak sentiasa bersiap sedia menghadapinya.

Menurut beliau, selain jabatan kerajaan, terdapat sukarelawan yang turut membantu kerja-kerja memindahkan mangsa dan menyediakan makanan di pusat-pusat pemindahan ketika bencana itu.

"Di negara kita juga, ketika berlakunya banjir, mangsa belum dipindahkan tetapi bekalan makanan telah siap disediakan di pusat pemindahan. Selain itu, bantuan RM500 yang diberikan kepada mangsa banjir bukanlah ganti rugi tetapi merupakan token (sumbangan)," katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) mengenai kesiapsiagaan kerajaan terutama dari sudut menyediakan bekalan makanan ketika menghadapi bencana banjir.

Sebelum itu, menjawab soalan Siti Zailah Mohd. Yusoff (Pas-Rantau Panjang) mengenai cadangan pembinaan pusat pemindahan banjir, Shahidan memberitahu, penggunaan sekolah sebagai pusat pemindahan banjir adalah amalan biasa di negara ini.

Katanya, daripada sebanyak 4,969 pusat pemindahan banjir yang didaftarkan, sebanyak 46 peratus atau 2,331 pusat adalah sekolah manakala selebihnya merupakan kompleks penghulu, pusat komuniti dan sebagainya.

"Pembinaan pusat pemindahan banjir baharu yang khusus untuk digunakan semasa bencana tidak wajar kerana langkah ini melibatkan implikasi kewangan yang besar sedangkan fungsinya hanya ketika banjir. Ini boleh menyebabkan fasiliti itu terbiar semasa tidak berlakunya bencana," katanya.

Mengulas lanjut, Shahidan berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) juga telah menetapkan standard pembinaan setiap sekolah baharu dilengkapkan dengan bilik mandi dan tandas untuk menampung keperluan sebagai pusat pemindahan bencana seperti dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Standard pembinaan itu, tambahnya, sudah dilaksana di sekolah-sekolah di Johor, Melaka, Perak serta Kedah dan akan diteruskan di negeri-negeri lain.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.