saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 20/06/2014

Hina Dewan Rakyat: N. Surendran digantung enam bulan

KUALA LUMPUR 19 Jun - Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran digantung enam bulan daripada menghadiri mesyuarat Dewan Rakyat atas kesalahan menghina dewan dan Yang Dipertua Dewan Rakyat semasa mengadakan sidang akhbar di lobi Parlimen, Isnin lalu.

Penggantungan itu kali kedua diterima Surendran di bawah usul sama kerana kesalahan hampir serupa. Pada 14 November tahun lalu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang juga seorang peguam, turut digantung enam bulan.

Usul penggantungan ke atas beliau dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mengikut Peraturan Mesyuarat 27 (3) dan diluluskan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee, menerusi majoriti tanpa dibahaskan.

Kiandee membuat keputusan itu kerana sesi perbahasan mengenai usul penggantungan tersebut tidak dapat dibuat ekoran tindakan tidak matang ahli Parlimen pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) yang membuat kecoh di dalam Dewan Rakyat.

Terdahulu, Shahidan ketika mengemukakan usul tersebut berkata, kenyataan Surendran yang kemudian disiarkan media merupakan tuduhan tidak benar, melampaui batas serta merendahkan kredibiliti Yang Dipertua Dewan Rakyat dan sistem demokrasi di negara ini.

"Tindakan Padang Serai membuat pelbagai tohmahan tidak berasas bukan sahaja tidak berhemah dan tidak bertanggungjawab tetapi jelas mencemar nama baik Dewan Rakyat, ahli Dewan Rakyat serta prestij Dewan yang mulia ini," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Surendran dalam sidang akhbar sebaik diarah meninggalkan dewan pada Isnin lalu antara lain berkata, Parlimen di Malaysia gagal berfungsi dengan baik dan menuduh Dewan Rakyat bersifat kuku besi kerana kononnya tidak memberi hak bersuara kepada pembangkang.

Selain itu, beliau juga menuduh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sentiasa menolak apa sahaja usul pembangkang dan menjadikan Dewan Rakyat sebagai alat kepada kerajaan untuk mendahulukan apa sahaja dasar yang ingin dibawa parti pemerintah.

Mengulas mengenai segala tuduhan itu, Shahidan menjelaskan, Surendran tidak bercakap benar kerana semasa usulnya ditolak di bawah Peraturan Mesyuarat 22 (1) pada Isnin, beliau dimaklumkan boleh mengemukakan usul bersendirian jika tidak berpuas hati.

"Tanpa mengendahkan nasihat Timbalan Yang Dipertua (Kiandee), Padang Serai keluarkan kenyataan dalam sidang akhbar. Memandangkan ini kali kedua, maka dewan ini hendaklah mengambil serius dan penggantungan selama enam bulan adalah wajar," jelasnya.

Namun, sebaik sahaja Shahidan selesai membacakan usul, kekecohan mula tercetus apabila Mohamed Hanipa Maidin (Pas-Sepang) mempersoal mengenai kewajaran usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27 (3) yang disifatkannya sebagai tidak berkepentingan ramai.

Hujah itu bagaimanapun disanggah Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjung Karang), kerana katanya, Peraturan Mesyuarat 27 (3) mesti dibacakan bersekali dengan Peraturan Mesyuarat 43 iaitu keputusan Speaker yang mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat adalah muktamad.

Keadaan selepas itu bertambah kecoh apabila Azmin Ali (PKR-Gombak) yang bangun untuk turut sama mengemukakan peraturan mesyuarat bertindak menggelar Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman sebagai berperangai hodoh.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.