saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 14/10/2014

RM404.3 juta bantu OKU tahun lalu

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Sebanyak RM404.3 juta jumlah bantuan kewa­ngan telah disalurkan kepada 134,239 penerima orang kurang upaya (OKU) untuk tempoh sepanjang tahun lalu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, bagi tempoh sehingga Mei lalu pula, sebanyak RM170.8 juta telah diperuntukkan kepada 129,937 penerima yang layak dalam usaha membantu keluarga yang mempunyai anak OKU terutama sakit kronik dan tidak sihat mental.

Katanya, antara bantuan itu ialah bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja menerima sebanyak RM150 sebulan, Bantuan Penjagaan OKU Terlantar dan Pesakit Kronik Terlantar (RM300 sebulan) serta Elaun Pekerja Cacat (RM300 sebulan).

"Selain itu ialah Bantuan Alat Tiruan atau Sokongan dan elaun khas bulanan kepada peserta Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dengan kadar RM150 sebulan.

"Bagi memastikan kebajikan golongan berkenaan terbela dan mendapat perhatian, kementerian telah menggubal Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685) bagi pendaftaran, perlindungan, rehabilitasi, pembangunan dan kesejahteraan OKU," katanya dalam sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Zahidi Zainul Abidin (BN-Padang Besar) mengenai kejayaan yang telah dicapai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam usaha mendaftar dan membantu dari segi kewangan keluarga yang mempunyai anak OKU, sakit kronik dan rawatan di hospital.

Dalam pada itu, Rohani berkata, JKM telah mendaftarkan seramai 506,228 OKU sehingga Julai tahun ini bagi memastikan kebajikan golongan tersebut mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan.

Kata beliau, pendaftaran itu meliputi tujuh kategori ketidakupayaan iaitu seramai 182,055 OKU membabitkan masalah pembelajaran, fizikal (166,206); pendengaran (59,868); penglihatan (47,721); masalah pelbagai (25,349); mental (21,237) dan pertuturan (3,792).

Menurut Rohani, kerajaan melalui pembentangan Bajet 2015 lalu telah meluluskan kenaikan kadar Elaun Pekerja Cacat daripada RM300 kepada RM350 sebulan, manakala bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja pula dinaikkan daripada RM150 kepada RM200 sebulan berkuatkuasa mulai Januari tahun depan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.