saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 15/10/2014

Kecualikan cukai bonus swasta perlu dikecualikan cukai

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Kerajaan disaran mempertimbangkan supaya pembayaran bonus kakitangan sektor swasta dikecualikan daripada dikenakan potongan cukai.

Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) berkata, pengecualian itu dilihat selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat.

"Saya sering mendengar keluhan kelompok ini yang bekerja bertungkus-lumus untuk meningkatkan hasil pendapatan syarikat bagi membolehkan mereka mendapat bonus pada hujung tahun sebagai ganjaran.

"Malangnya potongan yang dikenakan terlalu tinggi, sebagai contoh jika seseorang itu menerima bonus sebulan gaji, cukai yang dipotong hampir tiga suku daripada gaji mereka. Jumlah ini seolah-olah menyebabkan pembayaran bonus tidak membawa apa-apa makna kepada penerima," katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau turut meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mewujudkan sebuah pasukan petugas khas bagi memantau pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam kalangan peniaga.

Katanya, penubuhan pasukan tersebut dilihat sangat penting untuk memastikan para peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang apabila GST dilaksanakan.

"Pasukan petugas khas ini perlu diwujudkan di semua daerah dan negeri bagi memastikan tiada peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan sehingga membebankan pengguna.

"Mana-mana peniaga yang didapati melakukan perbuatan ini harus dikenakan tindakan setegas-tegasnya kerana mereka inilah musuh dalam selimut terhadap usaha kerajaan mengurangkan beban hidup rakyat," katanya.

Dalam masa sama Ikmal Hisham berharap kerajaan akan memberi penekanan untuk mempertingkatkan aspek integriti dalam kalangan penjawat awam.

Beliau memberitahu, langkah itu berupaya memastikan penjawat awam bukan sahaja mampu melaksanakan segala perancangan dalam Bajet 2015 secara berkesan malah dapat mengelakkan mereka daripada terjebak dalam penyelewengan atau ketirisan.

"Sama ada kita hendak mengakui atau tidak, penyelewengan dan ketirisan inilah yang menyebabkan kerajaan menanggung kerugian berbilion ringgit setiap tahun sehingga mendorong kepada peningkatan perbelanjaan kerajaan," ujarnya.

Beliau turut memetik laporan eksklusif Utusan Malaysia baru-baru ini tentang gejala penyelewengan subsidi diesel serta keberkesanan Ops Titik yang dilancarkan pihak kementerian terbabit dalam menangani kegiatan berkenaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.