saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 15/10/2014

Senarai hitamkan syarikat kawalan keselamatan di sekolah gagal patuhi syarat kontrak - PAC

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mencadangkan Kementerian Pendidikan menyenaraihitamkan syarikat kawalan keselamatan di sekolah yang gagal mematuhi syarat-syarat kontrak ditetapkan.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, PAC juga mahu kementerian mengenakan penalti setimpal dengan kesalahan dilakukan oleh syarikat berkenaan.

"Penelitian diberikan pada isu ini ekoran Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan perbelanjaan tahunan perkhidmatan keselamatan melalui kontrak dan sebut harga yang berjumlah hampir RM800 juta setahun di lebih 10,800 sekolah. Ini memberikan imej negatif kepada kementerian berkenaan.

"Isu kawalan keselamatan sekolah ini melibatkan belanjawan tahunan yang besar kerana itu mesti dibuat secara berhemah dan tanpa wujud unsur ketirisan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PAC bagi penggal kedua dan membentangkan laporan pengurusan perkhidmatan kawalan ke­selamatan di institusi pendidikan dan sekolah di sini hari ini.

Menurut Nur Jazlan, pihaknya turut meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan berasingan terhadap tuduhan rasuah dalam isu berkenaan.

Beliau seterusnya mencadangkan agar kementerian hanya membuka tender kawalan keselamatan kepada syarikat yang mempunyai keupayaan dan pengalaman dalam memastikan syarikat yang dilantik berkeupayaan menjalankan perkhidmatan terbaik.

"Harga yang ditawarkan perlu munasabah dan mengambil kira faktor bilangan murid, keluasan sekolah, jarak sekolah dari bandar, jumlah aset dan dasar gaji minimum," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.