saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 15/10/2014

Projek bernilai lebih RM50 juta perlu tapisan

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Semua projek pembangunan dalam negara yang perbelanjaan melebihi nilai RM50 juta perlu melalui proses penelitian oleh satu unit khas, Unit Perancang Ekonomi (EPU) bagi tujuan nasihat dalam usaha mengelakkan kos tersasar daripada sasaran.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, menerusi prosiding terhadap projek Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul, PAC mendapati jumlah perbelanjaan bagi menyiapkan keseluruhan projek IPD mencecah RM83.6 juta berbanding perjanjian awal RM64 juta.

Beliau berkata, malah berlaku kelewatan apabila projek itu hanya dapat diselesaikan sepenuhnya pada 31 Mei 2013 berbanding tarikh perjanjian kontrak iaitu pada 3 Februari 2012.

"PAC mendapati punca kelewatan kerana faktor rekaan yang bermasalah di bawah tanggungjawab Jabatan Kerja Raya (JKR). Kerana permasalahan itu kos terpaksa dinaiikan oleh pihak kontraktor yang bukan sahaja melepasi kontrak bahkan turut melepasi maksimum kontrak iaitu RM78 juta.

"PAC melihat projek berkenaan tidak sepatutnya berlaku lebihan kos jika ada pemantauan pengurusan secara kerap oleh JKR. Semua masalah dalam projek IPD Sentul boleh dielakkan. JKR terlalu longgar dalam pemantauan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat PAC bagi Penggal Kedua dan membentangkan Laporan Pengu-rusan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Di Institusi Pendidikan dan Sekolah di Parlimen, di sini hari ini.

Nur Jazlan bagaimanapun berkata, PAC menolak wujudnya kes rasuah dalam projek berkenaan meskipun jumlah perbelanjaan tersebut dirumuskan sebagai amat besar.

Beliau memberitahu, projek IPD tersebut telah melalui proses inisiatif pembiayaan swasta (PFI) iaitu kerajaan memilih Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai pihak yang menguruskan pinjaman bagi pembiayaan projek tersebut.

Kata beliau, bagi pemilihan kontraktor yang bertanggungjawab menguruskan projek tersebut dipilih menerusi rundingan terus.

Beliau seterusnya berkata, mengikut amalan biasa kerajaan, PAC mengesyorkan JKR perlu mengadakan satu proses audit rekaan oleh pihak satu pihak konsultan atau memiliki perisian khas yang boleh menentukan sesuatu rekaan secara standard.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:45



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.