saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 16/10/2014

Berhati-hati jika Islam digunakan dalam urusan politik

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Ahli politik diminta berhati-hati sekiranya menjadikan Islam sebagai panduan dalam urusan politik terutama apabila berdepan dengan rakyat.

Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul berkata, dunia hari ini semakin keliru mengenai Islam kerana pengertiannya telah banyak disalahertikan oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan politik.

"Sebagai contoh, isu mengenai 'perjanjian' kerjasama MCA-UMNO dan 'tahaluf siyasi' Pas-DAP. Menurut bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kerjasama MCA-UMNO tiada beza dengan Pas -DAP, tetapi kerana perkataan tahaluf siyasi itu maka orang nampak sebagai kerjasama yang baik, manakala MCA-UMNO kerjasama yang dikritik.

"Kita takut salah guna Islam itu untuk kepentingan politik, sebaliknya Islam itu dibawa masuk ke dalam politik dengan tujuan memperbetulkannya," katanya semasa menyampaikan tazkirah kepada Ahli Parlimen dan kakitangan Parlimen anjuran Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Mohd, Asri berkata, pada masa ini, seseorang yang bercakap dengan memetik dalil al-Quran pasti boleh mendapat sokongan sedangkan belum pasti kebenaran atau pengertian penuh berhubung sesuatu dalil itu.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh mengenai isu kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) dengan mempersoalkan kebenaran ajaran Islam dalam kumpulan itu atau ia sekadar satu propaganda Barat.

"Jangan mengeksploitasi nama Islam kerana ia boleh menimbulkan masalah. Bila ada sesuatu perkara menyebut mengenai Islam walhal tidak membawa pengertian Islam dikritik, maka masyarakat dunia menganggap kita mengkritik Islam," katanya.

Beliau memberitahu, orang politik merupakan ahli pentadbir dan bukan pakar dalam agama Islam namun apabila diminta atau disaran oleh masyarakat supaya menyelesaikan sesuatu masalah berkaitan Islam, kebiasaannya mereka gagal mengeluarkan sesuatu dalil secara menyeluruh. "Jika mahu menggunakan al-Quran dalam politik, kita dengan tuhan mesti jujur, kalau nak cari apa sahaja dalam Islam niat kita untuk perkuatkan agama, bererti menjadikan Islam sebagai panduan. Tetapi jangan gunakan Islam sebagai senjata politik, itu salah," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.