saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 16/10/2014

Insiden pesawat Mas, pencerobohan tidak jejas sektor pelancongan

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Insiden dua pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan MH17 tidak merencatkan sektor pelancongan negara dan pelaksanaan Program Tahun Melawat Malaysia.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, hal itu terbukti apabila negara mencatatkan ketibaan seramai 13.87 juta pelancong asing.

Katanya, jumlah itu meningkat 10.5 peratus bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

"Berdasarkan prestasi peningkatan pelancong asing ini, kementerian yakin akan mencapai sasaran ketibaan pelancong asing seramai 28 juta orang pada tahun ini," katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab serentak soalan Datuk Jumat Idris (BN-Sepanggar), Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang), Dr. Mohd. Hatta Ramli (Pas-Kuala Krai) dan Datuk Noor Ehsanuddin Harun Narrasid (BN-Kota Tinggi) berhubung impak kepada sektor pelancongan berikutan insiden pencerobohan Lahad Datu dan insiden MH370 serta MH17.

Mohamed Nazri berkata, tragedi kedua-dua pesawat itu walau bagaimanapun telah memberi kesan ketara ke atas pasaran China dan Taiwan yang telah mengalami penurunan sebanyak -11.8 peratus dan -2.9 peratus masing-masing bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Kata beliau, jumlah ketibaan pelancong asing daripada China adalah seramai 997,370 orang dan dari Taiwan seramai 168,962 orang sehingga Julai tahun ini.

"Dalam menangani situasi seumpama ini, kementerian melalui Kerajaan Negeri Sabah telah mengambil inisiatif mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Krisis pada 4 April lalu bagi membincangkan isu tersebut dan langkah-langkah memulihkan keyakinan pelancong.

"Kita juga bersetuju tindakan lebih agresif dengan pergi ke China untuk memberi keyakinan rakyat negara itu untuk datang ke Malaysia," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.