saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 16/10/2014

KTMB tidak diswastakan, dijangka catat untung RM33.1 juta 2015

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tidak akan diswastakan kerana syarikat milik kerajaan (GLC) itu sedang dalam proses transformasi bagi memulihkan serta mengukuhkan kedudukan kewangannya.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, pelaksanaan inisiatif-inisiatif transformasi itu dijangka membolehkan KTMB memperoleh keuntungan sebanyak RM33.1 juta pada tahun depan.

"Dengan kedudukan kewangan yang lebih baik, KTMB berupaya meneruskan operasinya secara mampan seterusnya dapat mengurangkan kebergantungan bantuan kewangan daripada kerajaan.

"KTMB tidak akan diswastakan kerana sedang dalam proses transformasi yang hebat dan dengan usaha ini, KTMB akan beroleh keuntungan," katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad (BN-Mersing) yang ingin tahu adakah kerajaan bercadang menswastakan KTMB.

Ahmad Maslan berkata, pelan transformasi itu sedang dilaksanakan di bawah Makmal Transformasi KTMB melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) yang antaranya menyemak kadar tambang perkhidmatan tren penumpang dan kargo, mengubahsuai jadual waktu dan kemungkinan menghentikan perkhidmatan yang tidak menguntungkan.

Selain itu, katanya, pihak syarikat perlu memberi fokus untuk meningkatkan aspek penyelenggaraan dan berusaha menambah jumlah penumpang serta kargo dengan mewujudkan sambungan perkhidmatan bas pengantara di stesen-stesen.

"Walaupun KTMB dikorporatkan, pelbagai cadangan lain turut diteliti untuk memperoleh pendapatan daripada hasil bukan tambang seperti pengiklanan dan pembangunan projek-projek hartanah di atas tanah milik KTMB yang lebih menguntungkan," katanya.

Dalam pada itu, menjawab soalan asal Dr. Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) berhubung prestasi kewangan mengikut pendapatan setiap tahun selepas KTMB dikorporatkan pada 1992, Ahmad Maslan berkata, sebanyak RM7.4 juta jumlah pendapatan terkumpul direkodkan sehingga tahun kewangan berakhir 31 Disember lalu.

Walau bagaimanapun katanya, KTMB telah mencatat kerugian terkumpul sebanyak RM2.5 bilion dalam tempoh tersebut disebabkan beberapa faktor iaitu kadar tambang yang rendah selain kos operasi yang tinggi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.