saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 16/10/2014

Malaysia harap masuk lokasi nahas MH17 sebelum Dis.

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Malaysia meningkatkan rundingan dengan kerajaan Ukraine dan puak pemberontak untuk membenarkan pasukan penyiasat MH17 memasuki kawasan nahas secepat mungkin sebelum musim sejuk bermula, Disember ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sekiranya usaha tersebut tidak berjaya, kerja-kerja penyiasatan bagi mengumpul bukti nahas terpaksa ditangguhkan sehingga April tahun depan.

"Ruang dan peluang untuk masuk (lokasi nahas) agak sempit sekarang ini kerana musim sejuk sudah dekat, apabila salji turun maka pasukan penyiasat tidak dapat masuk untuk membuat siasatan lanjut.

"Oleh itu kita amat berharap mereka yang terlibat dapat membenarkan (pasukan penyiasat) masuk dalam tempoh ruang kecil ini," katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Abdul Azeez Rahim (BN-Baling) berhubung kaedah yang digunakan kerajaan bagi membolehkan pasukan penyiasat nahas pesawat MH17 memasuki semula kawasan tragedi.

Dalam pada itu, menjawab soalan asal Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) berhubung perkembangan proses mendakwa pihak bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17, Tiong Lai berkata, kerajaan amat komited untuk memastikan usaha siasatan dapat dilaksanakan sepenuhnya bagi menuntut keadilan kepada mangsa nahas.

Katanya, walaupun gencatan senjata telah dijanjikan bagi menjamin keselamatan pasukan penyiasat di lokasi nahas, namun masih terdapat pergolakan yang berlaku di kawasan berdekatan mengakibatkan pergerakan pasukan penyiasat menjadi terhad.

"Kerajaan komited membawa isu ini ke muka pengadilan, kita bersungguh-sungguh untuk mendapatkan bukti mencukupi termasuk usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghubungi puak pemberontak sehingga membolehkan kita mendapat kotak hitam dan menuntut jenazah.

"Tidak ada apa-apa perjanjian di antara Malaysia dan puak pemberontak kerana semuanya atas dasar perikemanusiaan bagi memastikan semua jenazah dikeluarkan dan kotak hitam dapat dikembalikan dengan kesemua maklumat data dalam keadaan baik," katanya.

Menurut beliau, sehingga kini kerajaan telah menghantar 163 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi meneruskan usaha mencari mayat dan mengumpul bukti untuk tujuan siasatan.

"Mengenai kos, kerajaan hanya menanggung sebahagian perbelanjaan seperti tiket penerbangan, tempat penginapan dan makan minum kepada seramai 278 penjawat awam yang ditugaskan.

"Kos selebihnya yang masih belum dimuktamadkan bagi pengurusan membawa balik jenazah telah diuruskan Malaysia Airlines (MAS)," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.