saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 16/10/2014

Segala tohmahan terhadap Permata perlu dihentikan

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Pakatan pembangkang diminta menghentikan segala tohmahan yang mereka lemparkan berhubung peruntukan yang bakal disalurkan kepada program Permata Negara (Permata) menerusi Bajet 2015.

Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) berkata, dakwaan kononnya sebanyak RM711 juta diperuntukkan bagi program Permata sahaja adalah tidak benar.

Menurut beliau, seperti yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lalu, jumlah itu merangkumi semua program pendidikan awal kanak-kanak di bawah Kementerian Pendidikan, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Permata serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

"Tiada penipuan dan penyelewengan berlaku malah program Permata ini baik, memberi manfaat serta mendapat sambutan daripada rakyat. Sebab itulah ia ditakuti oleh pakatan pembangkang," katanya ketika membahaskan Bajet 2015 dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Shamsul Anuar menambah, keberkesanan program Permata dapat dilihat di semua 80 Pusat Anak Permata Negara.

Beliau juga berharap lebih banyak Pusat Anak Permata Negara dibuka agar manfaatnya dapat diterima oleh rakyat di seluruh negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.