saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 17/10/2014

Malaysia pandang serius ancaman ISIS

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Kerajaan memandang serius gerakan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) yang cuba menyerap ideologi mereka di selatan Filipina dan menganggap usaha itu sebagai satu ancaman terhadap keselamatan negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tumpuan serius itu diberikan susulan tindakan beberapa kumpulan militan dari wilayah selatan negara itu seperti Pejuang Kebebasan Islam Bangsamoro (BIFF), Abu Sayyaf dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang secara terbuka membuat kenyataan menyokong perjuangan kumpulan ISIS.

"Walaupun ancaman itu masih pada tahap rendah, pasukan keselamatan kita tidak akan memandang ringan perkara itu dan akan memantau secara serius serta mengambil tindakan yang perlu bagi memastikan ideologi yang diasaskan oleh penyokong ISIS itu tidak berkembang ke negara ini," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) di sidang Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pertemuan dengan Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Murad Ebrahim baru-baru ini, Hishammuddin turut membincangkan mengenai cubaan kumpulan militan mengubah landskap ancaman serta skop keselamatan di pantai timur Sabah selain usaha berterusan bekas Pengerusi MILF, Nur Misuari yang bertegas mahu menubuhkan kerajaan Islam di wilayah berkenaan serta menuntut Sabah.

Mengulas lanjut, Hishammuddin dalam sesi soal jawab itu berkata, kerajaan kini bukan sahaja menumpukan pada aspek penggunaan aset tetapi turut memfokuskan konteks perkongsian maklumat dan risikan dengan negara-negara jiran untuk bagaimana mengkoordinasikan dua tindak balas sekiranya perlu.

Dalam hubungan itu katanya, kerajaan menasihatkan rakyat supaya tidak merasa selesa dengan tahap ancaman pada masa ini dan kerana itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan inisiatif pertahanan pada Bajet 2015 baru-baru ini.

"Saya tidak nampak mereka (ISIS) meletakkan Malaysia sebagai sasaran, itu yang dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), namun tidak dinafikan ada rakyat Malaysia yang telah pergi ke Syria," katanya.

Sementara itu ketika ditemui di lobi Parlimen, Hishammuddin berkata, Malaysia tidak boleh berdiri sendiri dalam mempertahankan ancaman daripada pihak yang menyokong ISIS sebaliknya perlu bekerjasama dengan negara-negara jiran seperti Indonesia, Filipina dan Brunei.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.